Sunday 4 June 2017

AKU adalah HIKAYAT CENDAWAN PUTIH

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah tertunai janji untuk melangsaikan hutang budi terhadap beberapa indvidu yang bersama sepanjang perjalanan menamatkan projek Pasca Siswazah. Segalanya bermula dari 2014 dan insan yang paling menolak semangat ini adalah Dr Rohani Yousoff. Disebabkan beliaulah maka Hikayat Cendawan Putih dipentaskan. Dr Rohani Yousoff orang yang sangat kental jiwa Melayunya. Itu yang penulis kenal. Saat diajukan naskhah Hikayat Pattani dan Hikayat Cendawan Putih (HCP), penulis tertarik dengan HCP kerana keunikan tajuknya. Tidak perlu alasan lain, semuanya berdasarkan kata hati. Saat ditanya oleh beliau, kenapa memilih HCP penulis tanpa ragu-ragu tertarik dengan cerita-cerita lipurlara, pengembaraan wira dan naskhah HCP ini sendiri menampilkan kepelbagaian watak yang penulis lihat boleh dikembangkan  menjadi sebuah persembahan yang unik. Dua kali ianya dipentaskan, penulis mengundang beliau menonton;

" Kak Ani tak mahu datang ke menonton hasil kerja kak Ani ni?'  "Apa pulak kerja I, hasil kerja U tu! Jauh di situ hati beliau ingin turut serta menonton malahan berkali-kali suruh diemailkan disertasi untuk disemak. Masih mahu mengalas tugasnya selaku supervisor walaupun sudah tidak bersama. Saya berterima kasih juga kepad Dr Anwar Rithwan kerana beliau juga pemangkin yang meneruskan tugas selaku supervisor setelah Kak Ani meninggalkan ASWARA

GAYA SENI LAKON TRADISIONAL  MELAYU

Hikayat Cendawan Putih mengangkat keunikan gaya lakon teater tradisional Melayu merujuk kepada Makyung dan teknik suara Tok Dalang sebagai satu kajian yang mengangkat keistimewaan dunia Melayu. Pada awalnya idea penulis ingin mengangkat lakonan monodrama sebagai satu eksperimentasi dalam membawakan naskhah ini ke pentas. Konsep persembahan ini ingin diketengahkan merujuk kepada konsep 'lipurlara' dalam Awang Batil, Tok Selampit yang menampilkan seorang pemain. Penulis meletakan diri sebagai pemain kerana minat yang mendalam terhadap lakonan monodrama. Namun proses ini berubah dan akhirnya penulis memangku kerusi pengarah. Alasannya penulis perlu melihat keseluruhan hala tuju persembahan ini. Gaya Melayu bukan sahaja ditampilkan menerusi lakonan, malah aspek visual dan artistik seperti set, kostum, tatarias, pergerakan, nyanyian dan muzik perlu bersatu mengangkat gaya lakon itu sendiri.


Tidak dapat disangkal penulis memang menyukai sesuatu yang bersifat muzikal. Setiap pengarah mempunyai kesukaannya. Namun dalam persembahan ini, penulis selaku pengarah suka memberi cabaran kepada pelakon untuk mengeksplotasikan tubuh mereka membuat sesuatu di luar kemampuan. Malahan kedua pelakon utama turut memainkan watak perempuan, binatang malah batu sekalipun tetap dianggap watak. Hahahhahahah penulis sengaja memberi cabaran kepada para pelakon. HCP menampilkan dua pelakon utama dan 8 korus lelaki. Kenapa semua lelaki? Jawapan yang pasti adalah keselesaan pemain. Kalau bercampur akan wujud rasa yang membantutkan usaha penulis untuk mencapai kehendak dan hala tuju persembahan. Penulis BUKAN menafikan kemampuan perempuan untuk membuat pekara yang bersifat fizikal. Ini kali, biarlah lelaki. Ada juga usaha untuk membuat konsep yang sama tetapi mengenegahkan perempuan. Insyallah kalau ada rezeki. 
Penulis sesungguhnya beruntung dapat bekerjasama dengan tenaga muda yang melimpah ruah ideanya. Hinggakan tidak terbuat. Idea yang tidak terkawal boleh memusnahkan juga. Maka penulis perlu menyusun perjalanan cerita ini. Ada juga babak-babak yang terpaksa dibuang tanpa ragu ragu, tiada kompromi dengan rasa syok sendiri.

Persembahan yang berlangsung selama sejam suku ini dimulakan dengan penampilan korus babak prolog selaku tok dalang sebelum  memasuki cerita. Setelah tamat, pergerakan dalam bulatan dibuat sebagai satu bentuk pergerakan wajib untuk memasuki dunia penceritaan.

Hikayat Cendawan Putih bertitik tolak dari perjalanan Raden Kesuma Ningrat yang dibuang dari istana bersama ibundanya setelah difitnah akan membawa bencana kepada negara oleh Raden Kesuma Wati. Oleha kerana termakan kata, ayahanda menghalau keduanya dengan berat hati.

Maka membesarlah Raden Kesuma Ningrat di hutan di sisi ibunya, belajar ilmu perang dan mengembara mengenal erti hidup. Ditakdirkan bertemu kembali dengan abang tirinya Raden Kesuma Wati, yang akhirnya menolak beliau ke gaung ketika di Puncak Meraksa Dewa setelah keduanya bertemu telur burung merpati  untuk ubati ayahandanya yang gering.

Setiap peperangan yang Raden Kesuma Ningrat tempuhi beroleh kejayaan, namun peperangan dengan nafsu amarah dalam diri, berdepan dengan darah dagingnya sendiri lagi maha hebat. Tidak tertanggung rasa malu dan sakit hati. Apakan daya, hanya itu sahaja waris yang ada. Buruk dan baik tetap saudara.

Hikayat Cendawan Putih..Sebuah Pengembaraan Si Penglipur Lara telah menemui khalayak pada  27-29 November 2015 dengan kerja sama DBP di Auditorium Dewan bahasa dan Pustaka.  Malah pada tarikh yang sama rakan-rakan batch pertama sedang menerima skroll di majlis konvekesyen. Saat ini rasa terkilan kerana tidak sempat menyudahkan pengajian.

Kali kedua ianya dipentaskan pada 2-4 September 2016 di Panggung Eksperimen untuk penilaian Pasca Siswazah dengan skala yang berbeza. Beberapa penambahbaikan dibuat dan teknik video mapping dibuat khas untuk membezakan dari pementasan pertama. Jumlah korus dari 3 ditambah menjadi 8 orang.  Antaranya Abi Madyan Mohd Fakir, Muhammad Amirul AIlias, Nik Fadlee Elhamshah, Muhammad Syamil Azhar, Mohamad Azrul Amri Abdul Rahman, Ahmad Ihtisyammul Haqq Ishak, Muhammad Syrul Ezwan Zamari dan Muhammad Eizmier Rosmen. Manakala pendukung utama Mohammad Faiz Abdul Malek dan Muhammad Akid Jabran Mohammad Jaafar.
Penulis berniat untuk mementaskan lagi, namun ada beberapa perkara perlu diteliti terutama dari segi dana. Kali pertama ianya dipentaskan ianya mendapat tajaan sepenuhnya dari DBP memandangkan buku hikayat ini adalah terbitan DBP. Manakala kali kedua ianya dipentaskan tanpa tajaan dari mana-mana pihak. Namun ada beberapa pihak sudi untuk menaja makan dan minum sepanjang pementasan seperti Jali Esbat, Rohayati Ashari, Aryna Rahim, Siti Katijah, Ladybosscake. Prime Time Event untuk kelengkapan teknikal manakala PlanWrite Mockers untuk Video Mapping. Rime Nazren, Shaurin Zainurin dan Mamad Hj Shamsudin untuk poster dan program book. Pihak ASWARA turut memberi sokongan menerusi pengunaan panggung dan teknikal. Beberapa usaha dibuat untuk mencari penaja namun tiada rezeki. 



Alhamdulilah, penulis bersyukur mendapat pelakon dan tenaga kerja yang tidak pernah berkira. Rezeki yang sedikit dikongsi bersama. Malah penulis berterima kasih kerana minat mereka redah bersama. Penulis turut berterimakasih kepada Shahmizan Idris (Pengurus Produksi), Tengku Iefiz Putra (Penasihat Gerak)Azizul Zahid jamal (Pengarah Artisitik), Eric Fuzi (Penyelaras Teknikal), Zetty Napiah (Pengurus Pentas) Mohd Akid Jabran (Koreografer), Mohd Safwan (Pereka Set), Safi'e Affandy & Hazmi Faiz (Pereka Tatacahaya), Plan write Mockers (Pereka Visual Mapping), Macrecelly Michael (Penyelaras Kostum), Sheera Rafi (Pereka Solekan dan tatarias), Shah Hassannul Manzar & Mohd Farshahid Md Noor (Pemuzik), Hafizee Hatta, Hamdan Hamidon, Zul Husni, Shahrul Hafizi, Mohd Fahim Mohd Ali (Petugas Pentas) serta ramai lagi yang tidak penulis catatkan. Turut diucapakan terima kasih kepada mereka yang menyumbang tenaga dan menaja sepanjang pementasan ini. Sekiranya tiada mereka ini maka terbantutlah usaha ini. Merekalah yang mewarna segalanya. Terima kai juga buat Cik Rosminah dengan gambar pegun yang buat saya terpegun. Rakan-rakan di Fakulti Teater, teman sekuliah juga Adieyka yang selaluuuuuuuu follow up penulisan disertasi penulis. Norzizi Zulkafli, Che kem, Ping Khoo, Lenny dan dr affifah dan kepada semua yang menabur budi dan bakti.. Akhir kata SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA












2 comments:

  1. Tahniah. Sepatutnya Kerusi P. Ramlee ASWARA dpt mengangkat produksi ini sbg 'Benchmark' pada pelajar-pelajar Master dan PHD mereka. Syabas Ijat. Saya sangat suka. Tabik!

    ReplyDelete
  2. terim kasih PUAN!Tabik puan!

    ReplyDelete