Friday 4 March 2016

PERCUTIAN KE BANDUNG YANG SEBENARNYA TAKLAH BERCUTI SANGAT


 PERCUTIAN KE BANDUNG YANG SEBENARNYA
 TAKLAH BERCUTI SANGAT 

Keinginan ke Bandung ni tercetus tiba-tiba. Tidaklah beria-ia sangat. Orang kata apa 'tak jakun!' Ini sebenarnya percutian kedua selepas ke Vietnam. Maknanya taklah kami heran naik flight. Hakikatnya masa tak ada dan kena ready betul-betul baru boleh pergi. Masa kecoh nak ke Bandung ni, kami buat-buat tak tahu je. Booking tiket dan sedar-sedar dah ke sana. (Sebenarnya takut sebab semua proses buat sendiri). Awalnya macam bengong kejap sebab rasa macam Bandung tu dekat-dekat dengan Padang, Sumatera.. Memang sah otak aku dungu pasal Geografi. Lepas disarankan tengok map, barulah tahu Bandung di tanah Jawa. Terus bercahaya mata dan semangat berkobar-kobar ibarat macam menang loteri. " wahhh...dekat dengan Jakarta.....ehhhhh Jogja.....nak pergi...nak pergi". Itu saja yang aku nampak, terutama Jogja sebab banyak tempat sejarah yg menarik. Bandung hanya terkenal untuk syurga membeli-belah...dan akan membelah-belahkan lagi wang ringgit serta jiwa dan raga. Maka itu bukan tuntutan utama (budjet tak cukup sebenarnya). Pergi dengan kantong berisi penuh lagi menarikkan! Disebabkan kantong belum penuh dan melimpah ruah, maka segala pekara dicatu. Duit flight memang dah asingkan, kemudahan hotel (cari yang murahlah, bukannya pi honeymoon atau honeydew), makan-minum dan shopping ala kadarrrrisman je. Kiriman-kiraman manja dari Semenanjung memanglah tak layan (melainkan dengan tajaan). Yang penting je.

Nasib baik di Bandung ada kenal Ibu yani, maka segala urusan menjadi lebih mudah. Saat sampai di airport hingglah hal penginapan dibantu beliau dan rakannya Alek (cowok ganteng) sekali gus merangkap supir kami. Badung yang paling menarik adalah makanannya yang jauh beza benar-benar di Malaysia. Bak kata, orang yang berpantang makan pun bisa lupa dunia. Takut juga makan warung-warung tepi jalan, kerana sering diingatkan tentang kebersihan. Manalah tahukan, bukan dekat Bandung tu, perjalanan pun makan masa lebih kurang 1 jam 40 minit.

Jadi apa aktivit kami? Hari pertama tak bergerak ke mana. Sampai Bandung dalam jam 5 petang. Rancang nak pergi Pasar Baru, nak survey kain-kain tapi kata ibu Yani tempat tu tak buka sampai ke malam. Tutup awal. Jadinya, kami terus pi makan di sebuah restoran. Tak ingat pulak namanya sebab dah kebulur sangat. Menu nasi putih dan  ikan kerabu goreng rsanya, Presentation menarik, ikan dah macam bentuk kipas dikepaknya (Bukan kepak ayam tau...keeepak). Keenakan hingga menjilat lutut la. Enak bangat!!!! Malam tu kami lansung jalan-jalan sehinggalah sampai ke hotel, booking dan bersenang lenang.

Besok paginya kami  beli kopi. Kata ibu yani kopi kedai tu sangat popular. Hinggakan orang sanggup beratur berjela-jela semata-mata menunggu nak beli. Ya ke? Dramatik sangat. Kalau nak pergi elok pergi pagi sebab tak berapa ramai. Kalau petang ibarat macam orang nak beli tiket bola, berderet-deret beratur. Kebetulan nak pergi Pasar Baru,tu yang singgah kejap. Beria-ia naww nak winnnnndow sopping kat situ. Bila sampai kedai kopi tu, memang sah, penuh orang beratur.



Pasar Baru. Syurga bagi waanita dan wahgitu
Selesai acara kopi, terus gerak ke Pasar Baru memulakan acara larian mencari baju. Hah yang ini acara Hamdan, bukan acara gue. Gue temanin dia ja. Bandung adalah kehendak dia (...aku ada sikit la) dan aku sebagai teman rapat hanya memberi motivasai, apresiasi dan eksplorasi hingga mencapai letihsasi. (..dalam hati excited giler sebenarnya...saja cover) Ye la konsep Pasar Baru ni dah macam GM plaza...tak pun macam shopping complex jalan Kenanga. Naik turun la...sampai tercabut kaki.

Tak berlama sangat di Pasar Baru, rimas sikit dengan tempat situ.Ramai juga yang dok paksa-paksa beli souvenier. Bukan tak mahu beli. Tak terpanggil nak beli. Feeling macam seminggu cuti kat Bandung. Sedar-sedar masuk hari keempat dah nak balik KL. Menyesal juga tak beli awal. Tak mengapa Bandung dekat je...tak gitu Che Dahn?!! Insyallah ada rezeki lagi nak jejak ke sini. Yang paling penting bawa baju sehelai dua saja, backpackers. Tak usah beria nak bawa baju, feeling balik kampung di hari yang mula. Bujang buat cara bujang.



Toko buku: Peminat tegar buku boleh kelabu mata
Acara selanjutnya memang tempat kegemaran gue. Apa lagi toko bukulah. Suka sangat dapat tengok buku banyak-banyak. Geram dan mengiurkan. Tambahan lagi dengan bau buku tu...harum kalah kopi. Aku sanggup kerja di kedai buku atau khutub khanah dari kerja dalam opis. Walaupun adakalanya tak terbaca buku yang dibeli, tapi kepuasan memiliki buku tu yang penting. Baca tak baca lain kira. Yang penting koleksi buku mesti ada. Cuma di sini kalau nak cari buku tenatng teater tu susah sikit, tak semua kedai ada jual. Sesetengah kedai saja yang fokus pada sesuatu subjek. Dapat jugalah beli 4-5 buah buku untuk diri sendiri. Kebetulan juga kak Rosminah pesan buku, dapatlah tangkap 4 buah buku untuk kajian phd dia. Selebihnya kirim dengan Ibu Yani yang terpaksa oder buku dari Jakarta. Di Bandung sudah tidak dicetak lagi. Dipendekkan cerita, masuk kedai buku macam charge energy.

Lepas dari Pasar Baru banyak juga lah menyinggah ke beberapa tempat. Kedai kasut dan beberapa kedai baju. Pergi tak berduit lain sikit. Emosi meronta-ronta, tapi kena guna akal yang waras juga. Kang tak balik Malaysia pulak.


Ibu Yani yang rancang berkelah di atas gunung. Seronok dan sejuk
17 haribulan 2016 (Rabu, hari ke tiga) baru kami ke Tangkuban Parahu. Inilah tempat yang ditunggu-tunggu. Bertolak sekitar jam 8 pagi. Memang tak rugi. berbaloi. Siap berkelah lagi. Ditanggung makan minum sepenuhnya oleh ibu Yani. Perjalanan kami dai The Eight Hotel...ambil masa lebih kurang 1- 2 jam campur dengan macetnya sekali. Sesampainya di sana ibu Yani suruh kami menyamar jadi orang Sunda, bukannya apa, boleh dapat murah. Nak masuk kawasan Tangkuban tu berbayar. 200 ribu rupiah (duit kita dalam rm 66/70 kot). Orang tempatan murahlah sikit. Lakonan tak menjadi, walaupun muka dan darah dagingku kacukan Jawa Melayu, tapi gagal di situ. Penyamaran gagal di situ. Tak apalah yang penting merasa pergi. Indah tempatnya. Lama juga kami habiskan masa di situ. Di situ pun ada saja orang mengekor, menjual barang-barang souvenior. Bukan aku saja yang bosan, tuan rumah pun sekali mengomel walaupun pun lidah dia berbelit-belit bercakap dalam bahasa sunda. Tapi nak buat macam mana mereka pun mencari rezeki. Satu pekara yang bagus mereka tetap teruskan usaha.

Sejarah Tangkuban Parahau dikatakan asal dari kisah seorang anak yang mencintai dan ingin mengahwini ibunya sendiri. Agak-agak ibu dia nak? Ibunya kasi lah beberapa syarat dan akhirnya dengan kuasa ibunya diterbalikkan perahu anaknya sendiri.  

Selesai pekara Tangkuban Parahu, masa untuk pulang. Dalam perjalanan barulah terasa mabuk. Jalan berbelit-belit. Tambah lagi kalau ada lori, dah tu jalan sempit. Berebut-rebutlah kereta dalam sesi potong memotong. Tu yang jadi ting tong. Akhirnya aku tertidur dalam mobil. Oh ya mobil tu disewa dalam 1 juta rupiah termasuk dengan pemandu dan makan sekali. Entah murah ke mahal tak pasti. Yang penting bahagian pengangkutan dah selamat dari segi pembiayaannya.

Dikatakan bahawa bentuk kawah ini seperti perahu terbalik.

Konon sebelum pergi, dah terbayang dah nak memandu kereta semasa di Bandung. Perasan hebat lah. Bila sampai baru rasa seriau melihat cara pemanduan dan macetnya yang kadang kala luar biasa. Bunyi hon keta, tidak sah kalau tak dengar. Banyak simpang jalan, tak tahu saiapa yang patut pergi dulu. Tak pulak aku nampak kemalangan ke, kes langgar lari. Bila jadi pemandu sentiasa kena elert dan kena pandai-pandai. Masa di KL, aku terbayang aku memandu dari Bandung ke Jogkarta, kau rasa??//!!!! Bila dah melihat depan mata jem dan kepadatan kereta, usah bermimpilah ijat oi! Tak sama, lagi pulak kena ada lesen international kalau nak memandu.

Secara jujurnya, aku memang tak suka kalau ada pekara yang kena congak-congak. Terutama hal-hal duit ni. Aku rasa kalau bahagian tawar-menawar ni, confirm aku kena tipu. Petukaran wang yang memeningkan.

Selepas pulang dari Tangkuban Parahu kononya nak singgah la di kedai perfume tapi pening punya pasal pulang terus ke hotel. Malamnya pula acara makan-makamn di sebuah restoran. Tak ingat pulak namanya. Memang kerja aku tak ingat memanjang. Restoran tempat pertemuan cinta ibu Yani dan temannya, gitu... ! Risau jugak sebab duit ala-ala suam, nasib baik ibu Yani back up hahahha. Inilah malam terakhir kami di sini. Esoknya lepas bump out ehhhhh..check out terus bayar semula. Terima kasih bu yani ya. Usah serik! Penerbangan kami jam 3 petang, maka ada masa untuk shopping saat akhir, alah beli t-shirt untuk sanak saudara. Itu pun duit lebih-lebih. Kasi perabih.  Hari terakhir kami naik mobil bu yani. Mobil yang disewa sudah dipulangkan.

Al kisah masa sibuk-sibuk punggah barang, Alek tertinggal kunci dalam bonet. Keta ibu yani  pulak auto lock. Mengagau semua. Terpaksalah pinjam motor pekerja hotel, ibu yani dan alek pulang ke rumah ambik spare key. Satu kerja pulak. Maka menanguklah kami di depan hotel. Alhamdulilah selesai satu pekara. Terus bergegas ke Pasar Baru, tanpa pandang kiri dan kanan pergi ke satu kedai dan capai apa yang terlihat. Selesai satu pekara. Kami bergerak ke airport, tak boleh check in lagi. Yelah kena selesaikan penerbangan ke Den Pasar dulu baru ke Kuala Lumpur. Kat sinilah aku bergaduh gan si Medan, dia kelaparan. Aku pulak stress sebab kena berpusu-pusu untuk check in. Dah dua-dua masam muka. Tak bertegurlah. Bila nak naik flight baru boleh borak. itu pun paksa ambik gambar dengan kapal terbang. Sebagai bukti untuk anak cucu. Ok maka kami terus la terbang ke Kuala Lumpur. Sampai di KLIA Ecah dah tunggu ambik kami. 

Macet. Keadaan ini yang tak sanggup. Boleh muntahlah dalam kereta.
Lepak rumah Ecah  di Sepang. Dari sana hajat nak ikut Mex highway, tak jumpa. Dalam perjalanan, minyak kereta pulak nyawa-nyawa ikan. Alih-alih dah tembus ke Nilai. Seram sejuk jugaklah nak mencari petrol pam. Akhirnya masuk Serdang/UPM...alhamdulilah nampak Petronas. Lega!!.Jam 12 malam baru sampai Enjoys Corner. Maka bergembiralah kami, disambut ...macam baru balik dari haji atau keluarga yang terpisah angkara Tsunami! Tak pun macam dapat keputusan SPM 18A!  Jumpa la si Shamir, Anep, Zetty dan Alif. Happy la. Tapi...jeng...jeng...jeng...jong...jenggggg. 



Supriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Dapat hadiah? Bukan. Lebih dari hadiah!


Alif dengan gembiranya bagitahu bahawa dia dah berani naik STORM yang berisi DIESEL. Dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir. Dengan alunan rambut ikal mayangnya bagaikan sutera ditiup bayu. dan Dan dengan bangganya dia kaboooooooooooooooooooooooooooo.......
bahawasanya dia dah isi RM20 minyak. Minyak apa? 

Minyak PETROLLLLLLLLLLLLLLLLL!!! 

Kau rase??????? Baru nak relax alih-alih dikejutkan dengan berita malapetaka tujuh keturunan. Nak kata apa. Senyum jelah dan memberi kata-kata semangat juga ucapan tahniah atas berita gembira. Hahhaha. Pucat si Alif. Nak buat macamana, benda dah jadi. Takkan nak tumbuk atau pukul tapak tangan dengan rotan. Takkan pun suruh dia berdiri atas kerusi macam denda di sekolah. Diam jelah. Ikhtiar cari jalan penyelesaian yang mudah dan berkesan yang tidak merosakkan akhlak. Huh!

Hahahhahah moralnya aku cakap "Jangan Suko-suko, nanti duko! Perjalanan yang menggembirakan dan berakhir dengan kegembiraan yang di luar jangkaan dan jangkauan. Aku rasa dah macam cerita sinetron yang beratus-ratus episod yang penuh dengan konflik, ranjau berduri. Terpaksa harungi onak dan kepayahan hahhaha. Penutup yang dramatik. Tapi terimakasih buat mereka sebab sudi jaga dan bukakan kedai walaupun sales bukan berjuta-juta lemon. Tak terbalas jasa baik menolong kami. Namun mingu ini, minggu yang mengembirakan dan tercapai hajat kami ke Bandung. Alhamdulilah