Thursday, 1 June 2017

LANGKAU

video






‘LANGKAU ’- sebuah karya kontemporari

Persembahan kontemporari Langkau ini merupakan gabungan dua disiplin persembahan yang berbeza iaitu tari dan teater. Langkau yang melibatkan lima pengkarya tari dan teater yang kini juga bekerja sebagai pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan dipersembahkan pada 4- 6 Ogos di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC). Apa yang menarik dalam proses penciptaan Langkau ialah pada awalnya ia hanya sebuah percubaan untuk melakukan ekpserimen dan eksplorasi serta berkongsi idea daripada kedua-dua bidang, yakni tari dan tetaer, tanpa memikirkan bagaimanakah produk akhir karya ini nanti. Para pengkarya tidak memikirkan untuk menghasilkan sebuah karya tari yang turut dipersembahkan oleh pelakon, mahupun sebuah teater yang mempunyai penari di dalamnya. Tambahan lagi, proses awal eksplorasi bukan melalui skrip yang sedia ada, tetapi skrip ditulis sejajar dengan perkembangan latihan atau eksplorasi. Persembahan ini melibatkan lima orang individu yang terlibat dan berbakat besar di dalam seni persembahan. Mereka baru saja menamatkan pengajian dalam bidang seni persembahan di universiti terkemuka luar negara iaitu Faillul Adam, Murni Omar, Fasyali Fadzly dan Iefiz Alaudin yang memperolehi biasiswa penuh dari ASWARA untuk pengajian Pasca-Siswazah di Eropah dan Kanada manakala Shahrul Mizad, seorang pensyarah dan penggiat seni teater yang berpengalaman baru saja menamatkan pengajian Pasca-Siswazah di khatulistiwa.
video 
Apa benda? Dalam kamus bahasa melayu terbitan Oxford Fajar, Langkau membawa makna;
" langkah atau dilampaui, tidak mengikut susunan: menyelang-nyelangi."
Kenapa pilih nama Langkau?
Apa yang menarik?
Langkau untuk apa?
Kau jangan nak langkau aku? Potong jalankah?
Nak cepat, langkau saja!

Satu pekara yang mendorong idea ini bergerak bertitik tolak dari perasaan yang terhalang/halangan samada bersifat peribadi mahupun akibat dari persekitaran itu sendiri. Perlukah keberanian untuk redah halangan atau mengelak-gelak halangan itu.  Itu yang menganggu penulis secara peribadi. Sangat menganggu. Secara peribadi, aku suka menjadi yang terakhir untuk melangkau, dari zaman aku kerja lagi. Suka menjadi yang terakhir untuk pergi. Itu IDEA awal. Kenapa yang terakhir? Mengapa tidak menjadi yang pertama? Itu juga persoalan. Selalu dikaitkan mereka yang terakhir adalah mereka yang takut untuk keluar dari keselesaaan atau kepompongnya. Itu ada kebenaran dan ada salahnya juga. 

Semuanya tergantung kepada pilihan dan alasan tersendiri ketika itu. Penulis hanya terfikir "Kesetiaan atau setiakawan". Pada pandangan orang lain berkemungkinan jatuh pada makna yang lain. Persekitaraan mendorong seseorang untuk bertindak di luar batas, berdepan halangan dengan cara apa sekalipun. Samada mereka berani atau tidak, dan walaupun  dalam situasi tertekan mereka mampu menyembunyikan rasa takut itu dengan cara mereka sendiri.


Setiap orang mengalami pengalaman berdepan rasa fobia samada pada situasi atau objek (benda nyata tidak bernyawa, manusia atau benda hidup) yang mereka tidak gemari. Sekiranya ia sekadar berdepan dengan objek, ianya hanya tindak balas sehala dengan objek tersebut. Namun seandainya objek tersebut juga mempunyai deria dan nafas yang sama, kesakitan dan kebencian sedikit sebanyak mempengaruhi kejiwaan.   

LANGKAU cuba menyelusuri fobia, atau gangguan psikologi dalam diri. Setiap manusia  mempunyai pengalaman berdepan dengan ketakutan tersebut. Tidak perlulah menyangkal. Berdepan dengan rasa fobia mendorong seseorang untuk menghargai erti 'hidup', berpijak pada realiti kewujudannya. Kewujudan manusia itu di dunia adalah satu perlawanan, berjuang untuk kehidupan Bayangkan kita dilahirkan tanpa ada rasa apa-apa, alangkah rugi kehidupan itu. Kaku dan beku, muka 'toya' bak kata orang Johor. Macam muka pelakon yang buat 'plastic sugery'. 

Fobia mendorong adrenalin atau aliran darah dan hormon dalam tubuh seseorang bergerak laju. Gementar, rimas, rasa berpeluh-peluh. Degupan jantung bergerak pantas, nafas berombak-ombak.

Fizikal kita bergerak aktif, cergas seiring dengan pemikiran kita yang tangkas mencari jalan, berfikir-fikir baik dan buruk. Mencari kewarasan untuk berdepan atau pergi saja dari rasa fobio itu.  Persoalannya berani atau tidak? Umpama kat bang Hamlet
"Bertindak atau tidak bukan persoalan. apakah lebih mulia menanggung derita batin"

Sebenarnya satu perkara saja yang ingin penul;is katakan,

TEMUI KAMI PADA
4 - 6 OGOS 2017

di KLPAC

JOM NONTON






No comments:

Post a Comment