Thursday, 1 June 2017

Lena tak PULANG

TAHUN YANG MENCABAR
Semester ini benar-benar menguji segalanya. Otak bercelaru, tapi gagahkan juga untuk susun jadual sebaik mungkin. Kalau difikirkan, memang gila. Namun ada sebab tertentu saya perlukan lakukan semuanya. Saya sedar saya boleh, walaupun adakalanya terduduk juga. Mana tidaknya, empat produksi silih berganti, sambil mengikuti kuliah Pascasiswazah di Ledang.

Selepas tamat teater Di Bawah Lindungan Kaabah, bersambung latihan Projek Kahwin. Pada masa yang sama latihan PETA Lena Tak Pulang berjalan dari awal semester, manakala JEREBU saya lakukan ketika dalam kelas dengan bantuan saudara Iefiz Putra (Pensyarah baru yang berkobar-kobar). Ada waktu ketika, kita cuba menafikan kudrat kita. Kita paksa! Otak kata boleh tapi hakikatnya badan menolak. Itu pengajarannya. Sebab itulah selalu dimarahi, susah benar nak mengatakan TIDAK! Kalau umur 20-30 an mungkin badan tu masih segar bugar, sekarang terasa berat aja (Perut lah). Hahahhahah. Bila badan sudah biasa bekerja..memang selalu nak bergerak, tidak kisahlah walau apa posisi kerja tu.

Kalau semester lepas saya diminta untuk mengarah PeTA 2013 The Miracle Seed (Benih Keramat), tahun ini untuk pelajar Ijazah pula. Ini kira macama kes nak beranakl, bayi sudah nak keluar tapi bidan tak muncul-muncul. Produksi PeTA Ijazah, kes shiela. Bukan Shiela Mambo atau Shiela Rusly. Shiela Majid pun bukan. Ini  NOR ASILA BT LAILY.
Sepatutnya tahun lepas dia sudah pun menamatkan pengajian Ijazahnya, tapi ada masalah rumah dan tangga maka extend lah beliau.

Pihak Fakulti tidak membenarkan pelajar ni mengambil bidang pengarahan kerana kurangnya pengalaman praktikal. Maka fakulti mencadangkan beliau mengambil bidang lakonan. Last minit Shiela nak ambik pengurusan pulak!! Masa tu rasa macama nak ambik kepala si Shiela ni, kemudian sagat atas papan sagat kelapa. Kecik besau je nengokkan si shiela ni.  Dalam perhatian saya, shiela boleh berlakon, ada suara pentas, ada rasa, ada perasaan, hanya kekurangan dari segi permainan lakon. Shiela jarang beraksi di pentas, maka proses membentuk akan mengambil masa. Matanya...asyik melilau! Menjaga Shiela seorang umpama menjaga sekandang Singa

Teks ini diplih setelah melalui beberapa tapisan. Peringkat awal membaca naskah ini, dan kata-kata arahan pentas, naskah  ini menampilkan konsep realisma. Semasa melakukan sesi preview juga, kami kekalkan konsep tersebut sehingga ke preview kedua. Atas nasihat panel dalaman, konsep tersebut diubah menjadi  eksperimen memandangkan isu dalam naskah tersebut sesuatu yang lebih besar ari isu kekeluargaan

LENA sampai TAK PULANG

Naskah karya
MURAM BATUBARA  seorang penulis Indonesia dan olahan skrip
PENAPUTEH
ni sangat mudah untuk difahami. 
PeTA 2014 ini turut dibantu oleh Juhan Junaidi dan kemudian digantikan dengan Ahmad Zikry Rashid Bin Haronaminar Rashid sebagai ayah, Ika Ratna Elnie (Lena), Syed Atiq Wan Long (Tetamu II), Zetty Napiah (Tetamu i), Siti Ashmeeme BInti Zul (Pembantu Rumah) dan AIman Fariz Bin Azmi (Polis)
LENA TAK PULANG merungksi perihal sebuah keluarga yang kehilangan anak kerana lari dari rumah. Kehilangan Lena, tidak dihiraukan oleh si ayah. Beliau menganggap Lena pasti pulang kalau duitnya habis, kalau dia bosan, kalau kalau kalau dan kalau.  Bagi si ayah lagi, selagi tiada perkhabaran atau laporan yang keluar di dada-dada akhbar atau  media sosial tentang kes tersebut selagi itulah beliau merasa kerisauan itu perlu diketepikan. Berbeza dengan si  Ibu.


Namun demikian setelah tiga hari berlalu, kerisauan mendesak sang Ibu untuk melaporkan kepada polis. Si ayah masih berdegil dan enggan membuat laporan kerana firasatnya anaknya LENA masih selamat. Hakikatnya LENA lari dari rumah kerana, keberadaannya di rumah tidak pernah dipedulikan. Gejolak jiwa remaja memberontak kerana suara dan pendapat tidak didengari. Kesenangan bukan satu kenikmatan dan kebebasan baginya. LENA TIDAK PULANG turut mempersoalan hal politik secara tidak langsung, janji orang politik ibarat menunggu orang yang Lena dibuat tidur sampai tidak pulang. "Cakap berdegar-degqar tapi habuk pun tak ada". Si Ibu dan ayah memikat anak dengan kemewahan, gaget, duit ribu riban tapi hak dan suara anak diketepikan. Samalah macam politik sekarang ni. Tabur jangan tak tabur. Keluarga LENA ni sama saja dengan politik di negara LENA. Sudahlah LENa ...nak tidur!

** Lama dah tulis tapi tinggal gitu je.







No comments:

Post a Comment