EMOTIF merupakan projek teater yang
asalnya adalah daripada sebuah projek teater pendek sama ada drama
sebabak atau pun drama lengkap yang dikenali sebagai Teater Kecil 2009.
Fokus projek Teater Emotif ini adalah untuk melahirkan idea baru dalam
persembahan teater yang melibatkan gabungan kerjasama di antara generasi
muda dan lama., pensyarah dan pelajar Fakulti Teater ASWARA.
Penggabungan ini dilihat mampu merangsang pertumbuhan intelektual dan
ilmuan teater di peringkat kampus ASWARA.
EMOTIF2014 telah dipentaskan pada 21-23 November 2014 di Blackbocx
ASWARA dengan menampilkan 6 cerita pendek.
Antaranya PENANTIAN(arahan Engku Nor Zalifah), BILA MALAM BERTAMBAH MALAM (arahan K'ma Abdullah, PERSPEKTIF (arahan Naque Ariffin),
REMINISCENCES (arahan Wong Oi Min), BERXX TER..BELAH arahan Rosminah
Tahir dan BABA (devised play, dramaturgy Tania Zainal)
BABA hero.....
Inspirasi dari cerita AYAH kami.
Ya, ayah kami garang.
Tegas!
Seorang anak kepada Sarjan Polis
Seorang lagi anak Tengku. Bukan macam filem Antara Dua Darjat. Semua orang kenal Dato Tengku yang dimaksudkan. Ini versi berbeza.
Kedua-dua anak yang pendiam
Tak banyak cakap.
Anak yang baik? Mungkin.
Tertib? Benar
Mendengar kata? Ya, walaupun dalam hati ada sedikit meronta.
Anak ayah? Tidak
Tapi kami memang budak baik.
Kami memang TAK banyak cakap.
BABA adalah dua kombinasi cerita ASHARI BIN NORSAN dan TENGKU ALLAUDIN. Bukan 100 % benar! Selebihnya ada sedikit fiksyen untuk menambahkan rasa. Kami hanya mengembangkan cerita, jadikan mereka inspirasi, ikon kami. Tanda kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.
Hakikatnya, kami berdua takut hendak kembali menyentuh isu ini. Sangat takut untuk bincang. Kabur. Terlalu banyak rasa. Macam-macam!
Kami tidak ada masalah, cuma kami cuba berfikir hubungan seorang anak lelaki dengan ayah mereka.
Ego seorang lelaki? Ada benar. Kasih sayangnya tidak terucap tapi tergambar melalui perlakuannya. Kata selokanya setajam mata pedang. Renungannya menikam umpama sang singa. Tengkingannya ibarat dentuman petir di langit.

Seorang ayah tersenyum memandang dari jauh, tidak terlihat oleh kita. Seorang ayah hanya berkata di dalam hati. Tidak terluah. Apatah lagi untuk mendengar ucapan sejujurnya di hadapan kita.Memang setiap ayah itu berbeza caranya. Kami hanya berbicara tentang ayah kami. Hero kami.
Apabila usia meningkat, semakin jauh untuk kita mendengar dan merasai hubungan itu.Semakin dewasa semakin ganjil. Kekok. Pelik. Namun percayalah, mereka memerhati. Umpama seorang nakhoda mengawal bahteranya. Sebelum bahtera itu bebas berlayar ke pelabuhannya.
semasa latihan di ruang legar Panggung Eksperimen

Satu pekara yang saya rasa, janggal sebenarnya kerja dengan si eifiezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz! Sangat janggal. Daripada anak murid kemudian jadi regu. Kalau ada adegan pegang-pegang, rasa rengsa. macam kena noda pulak. Tidaklah rapat hingga mahu berkongsi segala hal. Zaman belajar pun, Eifiez lebih fokus pada bidang Sinografi. Projek akhirnya saya jadi pengarah. Maka tidak adalah adegan pegang-pegang atau gurauan yang melibat fizikal, bertepuk tampar! Tidak sama sekali. Sebab itu saya katakan pelik apabila kena berlakon bersama. Saya yang jadi resah, bukan dia. Tetapi rasa rengsa itu yang saya guna untuk watak ayah. Kisah ni pun kisah rengsanya hubungan ayah dan anak. Nasib baik tidak guna tajuk RENGSA. Bayangkan pengumuman sebelum persembahan "...dari Blacbox Awara, Fakulti Teater mempersembahkan RENGSA (ending tu bisik sikit). Hahaha dah macm cerita orang dewasa pulak.
Sebenarnya, seronok kerja dengan pelbagai orang Tidak kisahlah muda atau tua. Ianya pengalaman yang berbeza. Macam saya katakan awal tadi dari SUKA-SUKA. Ini teater yang ketiga dengan Eifiezzzzzzzzzzzzz. Tunggu yang ke 4 pulak. Cukup kuota untuk Eifiez....hahahah
Selamat membaca
Salam Ramadhan
Eijat 2017
No comments:
Post a Comment