Tuesday, 13 June 2017

BABA Hero

EMOTIF 2014
EMOTIF merupakan projek teater yang asalnya adalah daripada sebuah projek teater pendek sama ada drama sebabak atau pun drama lengkap yang dikenali sebagai Teater Kecil 2009. Fokus projek Teater Emotif ini adalah untuk melahirkan idea baru dalam persembahan teater yang melibatkan gabungan kerjasama di antara generasi muda dan lama., pensyarah dan pelajar Fakulti Teater ASWARA. Penggabungan ini dilihat mampu merangsang pertumbuhan intelektual dan ilmuan teater di peringkat kampus ASWARA.

EMOTIF2014 telah dipentaskan pada 21-23 November 2014 di Blackbocx ASWARA dengan menampilkan 6 cerita pendek. Antaranya PENANTIAN(arahan Engku Nor Zalifah), BILA MALAM BERTAMBAH MALAM (arahan K'ma Abdullah, PERSPEKTIF (arahan Naque Ariffin), REMINISCENCES (arahan Wong Oi Min), BERXX TER..BELAH arahan Rosminah Tahir dan BABA (devised play, dramaturgy Tania Zainal)

BABA hero.....
Inspirasi dari cerita AYAH kami.
Ya, ayah kami garang.
Tegas!
Seorang anak kepada Sarjan Polis
Seorang lagi anak Tengku. Bukan macam filem Antara Dua Darjat. Semua orang kenal Dato Tengku yang dimaksudkan. Ini versi berbeza.
Kedua-dua anak yang pendiam
Tak banyak cakap.
Anak yang baik? Mungkin.
Tertib? Benar
Mendengar kata? Ya, walaupun dalam hati ada sedikit meronta.
Anak ayah? Tidak
Tapi kami memang budak baik.
Kami memang TAK banyak cakap.

BABA adalah dua kombinasi cerita ASHARI BIN NORSAN dan TENGKU ALLAUDIN. Bukan 100 % benar! Selebihnya ada sedikit fiksyen untuk menambahkan rasa. Kami hanya mengembangkan cerita, jadikan mereka inspirasi, ikon kami. Tanda kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.

Hakikatnya, kami berdua takut hendak kembali menyentuh isu ini. Sangat takut untuk bincang. Kabur. Terlalu banyak rasa. Macam-macam!
Kami tidak ada masalah, cuma kami cuba berfikir hubungan seorang anak lelaki dengan ayah mereka.
Ego seorang lelaki? Ada benar. Kasih sayangnya tidak terucap tapi tergambar melalui perlakuannya. Kata selokanya  setajam mata pedang. Renungannya menikam umpama sang singa. Tengkingannya ibarat dentuman petir di langit.

Namun begitu;
Seorang ayah tersenyum memandang dari jauh, tidak terlihat oleh kita. Seorang ayah hanya berkata di dalam hati. Tidak terluah. Apatah lagi untuk mendengar ucapan sejujurnya di hadapan kita.Memang setiap ayah itu berbeza caranya. Kami hanya berbicara tentang ayah kami. Hero kami.

Apabila usia meningkat, semakin jauh untuk kita mendengar dan merasai hubungan itu.Semakin dewasa semakin ganjil. Kekok. Pelik. Namun percayalah, mereka memerhati. Umpama seorang nakhoda mengawal bahteranya. Sebelum bahtera itu bebas berlayar ke pelabuhannya.

BABA terhasil dari idea kami berdua. Kolaborasi yang tidak dirancang. Terbit dari rasa suka nak buat. Sukaaa. Itu saja yang ada. SUKA-SUKA. Idea tak ada pun masa tu. Lepak-lepak sambil makan sirih. Masing-masing ada konlfik. Tidak serius tapi penuh rasa. Kisah sebuah hubungan yang tak terucapkan. Baba adalah kerja devised play. Kami jumpa, bincang dan catatkan buat cerita pendek tentang ayah kami. Kebetulan saudara Iefiez baru pulang, jadi kami berkongsi idea dan pengalaman. Iefiez gemarkan kerja-kerja fizikal dan atas kesukaan itulah maka kami bekerjasama. (dDialog eifiez: At least I dapat buat teater 4 kali dengan si TUA ni sebelum dia mati. Dah 4 ke belum?)

Buat devised bukan setakat tulis cerita atau monolog dan lakonkan di atas pentas. (Mencarut) No, that's not the way . Susah juga walaupun kita banyak idea mencurah-curah. Visual meletop kebaaam bommm. Tidak semua yang kita boleh pakai. Adakalanya kita jadi syok sendiri dan kita rasa tak seronok. Itu yang kami rasa. Semakin lama makin tak seronok. Percaya atau tidak, apa yang kami tunjukkan masa pratonton beza dari persembahan. Hanya 30% yang kami guna Oleh kerana kami rasa tak seronok maka segalanya telah dicanai, dirombak, disusun dan dibina semula. Form dan graf  segmen monolog dilihat semula. Oleh kerana itu kami undang Tania Zainal sebagai dramaturg. Orang yang melihat keseluruhannya, dan dah tentu dia kenalah ikut apa yang kami hendak sampaikan. 
Kami bermula berdua, latihan eksplorasi ruang,  grid lines dan gunakan perbualan telefon antara Baba dan anaknya. kemudian terus dengan komunikasi fizikal , guna props bongkah. Guna bongkah kayu ini pun secara kebetulan. Seminggu sebelum pratonton. Ada sesuatu yang tak kena dari awal babak. Kami cuba macam-macam cara. Bukan bercakap tentang skrip tetapi form babak itu. Saya masih ingat,
semasa latihan di ruang legar Panggung Eksperimen

"Eifiez, ( ejaan sebenarnya iefiz....apa-apalah) apa kata kita cuba sesuatu yang baru. Kita buat je, Kita tengok hasilnya" Saya terpandang kotak kayu di balik pintu, belakang pintu menghala ke ruang atas bilik teknikal. Bila digunakan, hentakan kotak ke lantai menghasilkan satu bunyi yang menjadi jantung tersentak. bunyi yang mewakili hati kami. Bunyian jiwa kami. Kotak kayu kecil tersebutlah yang akhirnya mengikat keseluruhan segmen kami.

Bila dah siap form, selepas pratonton depan dekan , Tania buang beberapa form yang longgar. Pecah kembali. Proses seterusnya memang menyakitkan. Bila kita angkat pekara yang menjentik hati sudah tentu ianya mengundang kemarahan. Memang kami bergaduh, rasa tidak puas hati, penat. Lagi pula cerita yang kami buat bukanlah cerita seloka di hari raya ya! Atau slot Akasia. Bila buat cerita berkaitan 'Nostalgia', kami tidak boleh hanyut dalam nostalgia itu. Hendak lawan rasa itulah yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya cerita tersebut too personal. Dalam masa 15 minit macam roller coaster. Sudah tentu suasana latihan pun begitu. Masa inilah otak cergas dan macam-macam idea keluar untuk mengangkat satu-satu babak. Tenaga eifiez superb, ya la orang muda!! Saya hanya mampu memandang dan tersengih. Tidak boleh jadi, nak lawan jugak walaupun separuh jalan dah semput. But still in character, ok. (gitu!) Stamina masih ok. Cuma perut dah macam perempuan mengandung. Memboyot!
Satu pekara yang saya rasa, janggal sebenarnya kerja dengan si eifiezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz! Sangat janggal. Daripada anak murid kemudian jadi regu. Kalau ada adegan pegang-pegang, rasa rengsa. macam kena noda pulak. Tidaklah rapat hingga mahu berkongsi segala hal. Zaman  belajar pun, Eifiez  lebih fokus pada bidang Sinografi. Projek akhirnya saya jadi pengarah. Maka tidak adalah adegan pegang-pegang atau gurauan yang melibat fizikal, bertepuk tampar! Tidak sama sekali. Sebab itu saya katakan pelik apabila kena berlakon bersama. Saya yang jadi resah, bukan dia. Tetapi rasa rengsa itu yang saya guna untuk watak ayah. Kisah ni pun kisah rengsanya hubungan ayah dan anak. Nasib baik tidak guna tajuk RENGSA. Bayangkan pengumuman sebelum persembahan "...dari Blacbox Awara, Fakulti Teater mempersembahkan RENGSA (ending tu bisik sikit). Hahaha dah macm cerita orang dewasa pulak.

Sebenarnya, seronok kerja dengan pelbagai orang Tidak kisahlah muda atau tua. Ianya pengalaman yang berbeza. Macam saya katakan awal tadi dari SUKA-SUKA. Ini teater yang ketiga dengan Eifiezzzzzzzzzzzzz. Tunggu yang ke 4 pulak. Cukup kuota untuk Eifiez....hahahah


Selamat membaca

Salam Ramadhan 

Eijat 2017


Tuesday, 6 June 2017

RIBUT ROHANI YOUSOFF



Pementasan ini bersempena  Projek Pengijazahan Seni Persembahan Drama 2010 di bawah projek SATU (Satu Antologi Teater UM). Projek SATU menampilkan sebuah produksi pelajar Jabatan Drama tahun akhir selepas tiga tahun pengajian berdasarkan pilihan dan jurusan. Pelajar diberi pilihan samada untuk melaksanakan penulisan ilmiah atau menjurus kepada bentuk persembahan pentas yang dinilai menerusi bidang pengarahan, lakonan, sinografi dan pengurusan. Ini adalah peluang bagi pelajar untuk meneroka apa yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian. 

Pemilihan Ribut karya penulis China Cao Yu dilakukan oleh kumpulan pelajar berdasarkan kehendak penilaian yang setara dan di samping  mampu menguji kredibiliti dalam menangani naskhah, watak dan isu yang cuba disampaikan. Sesungguhnya permasalahan yang berlaku di dalam RIBUT bersifat global, berlaku di mana-mana tanpa mengira bangsa. Isu keruntuhan akhlak masih berlegar sehingga ke hari ini.
Gabungan kelima-lima pelajar diharap dapat memperlihatkan kemahiran serta kreativiti mereka dalam berkarya. RIBUT terbitan Universiti Malaya dan  Alternative Stage dengan kerjasama ASWARA ini menampilkan lima pelajar yang dinilai iaitu Eliza Mustafa, Juhara Ayob, Rosman Ishak, Nur Syiqah Aghniya dan Mohd Shahrul Mizad (Eijat) dan dibantu oleh Iefiez (rambut kepok masa tu), Aman Nassim (pelajar teater tahun 1), Mohammad Yusmar dan Hamdan Hamidon

SINOPSIS
RIBUT merupakan sebuah drama tragedi mengungkap permasalahan keluarga, dengki khianat, penindasan golongan kapitalis terhadap golongan bawahan, sumbang mahram, penyelewengan, cinta terlarang, kasih sayang di dalam keluarga tuan Chou Yu Puan. Selama 18tahun Fan Yi tidak menemui kebahagian di sisi suaminya tuan Chou walaupun sudah memperolehi anak lelaki iaitu Chou Cung. Sehinggalah dia mendapat 'kenikmatan' yang baru. Kehadiran Shih Ping merungkai kembali sejarah cinta Chou Yu Yuan yang terpisah atas desakan keluarga dan akhirnya mencetuskan ribut dalam keluarga itu.

RIBUT vs RIBUT
3 & 4hb April 2010 tarikh berlangsungnya pementasan, hampir tujuh tahun berlalu. Selepas 7 tahun baru terfikir untuk menulisnya dalam blog. Selagi otak ini tidak tumpul, selagi daya ingatan kuat eloklah dikarang.

Ribut arahan Rohani Yousoff ini penuh dengan ribut. Bukan di atas pentas sahaja malah di belakang pentas lagi penuh cerita. Penuh rasa, masin, kelat, payau, masam dan manis. Manisnya adalah selepas tamat persembahan. Sehingga sekarang apabila diingatkan kembali, kami sendiri pun tergelak. Tidak perlulah saya ceritakan. Biar kami simpan di lubuk hati kenangan bersama beliau.

LETAK CERITA
Proses awal bermula dengan pembentangan naskhah berserta beberapa naskhah pilihan. Bila sudah lama tidak merasa belajar di bilik kuliah, jadi kecut jugak. Mampukah kami datang kelas seawal jam 9 pagi? Mampukah aku ulang-alik dari UM ke Rawang? 3 tahun akan melalui rutin yang sama! Mana tidaknya, kami belajar Diploma dari tahun 1994-1998. Hampir 10 tahun mengajar secara sambilan dan pada masa yang sama jadi freelance, baru terdetik hendak sambung Ijazah. Kiranya keputusan ini adalah satu anjakan paradgima macam tu. Entahlah, banyak pekara yang mendesak kami untuk sambung. Dengan Janji-Janji Manis ditabur bak bintang-bintang bertaburan di awan! (opss jangan emosi tuan) Keputusan yang tepat! Untuk diri!

Ok! Kita berbalik kepada latar ekonomi....ehhh...latar bagaimana naskah ini menjadi pilihan. Awal dahulu naskhah ini pernah diarahkan oleh Bob pelajar ASK (generasi kedua) di Actor's Studio (bawah Dataran Merdeka). Faridah Merican, Adlin Aman Ramli, Khir Rahman, Juhara Ayob antara yang berlakon. Sempat menonton persembahan tersebut. Kemudian ianya diangkat kembali untuk PeTA ASK pelajar teater Fauzly Hamdan di Panggung Eksperimen. Dua gaya dan ruang pementasan yang berbeza. Persembahan di Actor's Studio sangat minimal, panggung kecil bersaiz sederhana (studio blackbox).
Setiap ruang digunakan secara ekonomikal dan bijaksana oleh si pengarah. Ruang pentas dibahagikan kepada 2. Sebelah kanan ruang rumah Chou Yu Puan (kaya), manakala ruang kiri rumah Shih Ping (miskin). Di hadapan kedua rumah ada pasu-pasu bunga bergabung menjadi sebuah taman kecil. Kelihatan kedua-dua ruangan padat, memberi suatu nyawa pada Ribut itu sendiri. Tiada set sofa, gerobok pinggan mangkuk, meja makan sebesar kereta atau lampu chandelier. Pementasan di Panggung Eksperimen pula berbeza kerana ruangannya yang besar, maka set ruang tamu rumah dijelmakan secara terperinci. Kedua-dua pementasan ini menjadi inspirasi untuk dipentaskan kembali. Masih mengekalkan latar yang sama.
Pada awalnya kami berhasrat untuk mengangkat naskhah teater eksperimen Silang Kata tetapi akhirnya kata sepakat dibuat untuk memilih naskhah ini. Maka bermula proses latihan dan kerja-kerja kreatif. Kalau tidak silap, Rohani Yousoff atau lebih mesra dengan panggilan kak Ani menawarkan diri untuk mengarah dan apabila dicadangkan naskhah ini beliau turut bersetuju. Satu pekara dah selesai. Memandangkan penilaian ini akan dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA dan atas kekangan dana, maka selaku pengarah, beliau turut mengambil konsep 'minimal' dalam persembahan. Begitu juga dengan gaya lakonan 'stillness'. Ini memang betul-betul cabaran! Lakonan 'stillness' atau naturalistik? Masa tu masih keliru. Tapi tidak usah fikir sangat tenatng gaya ni, datang dan buat kerja!  Hamzah Tahir selaku sinografer memahami kehendak pengarah. Tiada set yang besar. Hanya sebuah gerbang sebagai simbol kepada rumah orang kaya (simbol kuat bagi budaya China). Manakala peristiwa dalam cerita difokuskan kepada rumah tuan Chou Yu Yuan. Multimedia turut digunakan bagi memaparkan latar awan, ruang luar dan imej bunga simbol kepada cinta tuan Chou (imbas kembali).


Oleh kerana banyak babak telah dipotong, pengarah memasukkan babak prolog. Pada babak pembukaan sudah diperlihatkan babak imbas kembali keakraban dua kanak-kanak iaitu tuan Chou Yu Yan (anak lelaki tuan Chou) dan Shih Ping (anak orang gaji). Adegan ini sengaja dibuat sedemikian untuk memberi petanda seolah-olah peristiwa yang berulang ini umpama sumpahan pada keluarga ini.  .

SESI LATIHAN
Latihan bermula sejak awal Januari 2010. Berkerja di bawah Rohani yousoff perlu kekentalan jiwa. Telinga kena tebal, mata kena berdialog. Otak perlu kerja kuat. Seorang pengarah yang serius tetapi masih boleh bertolak ansur. Ada yang kata beliau seorang diktaktor, terlalu mengawal pelakon. Tidak sama sekali! Seorang yang suka membebel...hahhah. Itu betul! Kalau dia tidak membebel bermakna dia sudah tidak peduli. Itu lagi bahaya!  Kami anggap macam mak-mak membebel pada anaknya. Biasalah.
Berbalik pada gaya lakonan tu. Sebenarnya dia mengawal pergerakan dan lakonan kami. Bertujuan untuk lari dari kebiasaan. Lagi pula mungkin beliau cuba mencari kelainan dalam gaya lakonan kami. Dia lebih tahu akan anak buah dia. Kami percaya. Selalunya beliau akan marah kalau ada pelakon yang letakkan tangan di belakang (dulu pernah pergi sesi ujibakat beliau masa tahun satu. Kena marah sebab tangan sorok belakang. Geram je masa tu hahahah).

Namun kali ini berbeza kerana kami disuruh mengawal gerak dengan mengunci tangan ke belakang. Agak sukar!! Orang kata tangan jangan bersepah tanpa arah tujuan. Lagi pula, kami mengangkat budaya china, maka gesture dan bahasa tubuh perlu dijaga. Pelakon Melayu, watak China, kang pelik kalau tidak dijaga. Hishh tangan tetap hendak bergerak ketika berdialog. Sudah menjadi kebiasaan. Kebiasaan itulah yang sukar untuk dibuang. Itulah cabarannya pada kami.









Beliau sering mengingatkan untuk....Stillness!!! Berdiri tegak dan relax. Fokus pada dialog, kurangkan gerak, Ucapkan dialog dengan penuh makna. Rasakan tenaga dialog yang lahir dari keseluruhan badan. Biar badan berdialog. Kalau mahu  bergerak, bergerak dengan badan ikut keperluan tetapi masih dalam kawalan. Bila berkali-kali berlatih, feel dia lain sikit. Bebanan pada badan luarbiasa. Macam ada batu sebesar Tugu Negara. Tension tetapi penuh kawalan. Hinggakan kami rasa nafas itu hidup (over tak).

Hakikatnya sukar berlakon dengan rakan yang kita sudah kenal bertahun-tahun. Pelik. Kalau persembahan berbayar atau CARMA tidak ada masalah sangat. Kita buat dan seronoknya lain. Persembahan untuk penilaian lain sedikit. Macam-macam rasa. Takut, cemas, pelik ada rasa nak gelak. Kami sahaja yang rasa. Aku rasa ada sekali, kami tergelak tak tahu pasal apa. Tak berhenti. Berhenti rehat sekejap untuk ambil nafas. Masuk semula dalam cerita. Bila terlalu fokus, masa inilah nampak benda ini lah, benda itu lah pada rakan yang berlakon. Selama ni, tak ada pula fikiran macam tu. Gangguan syaitan!

Banyak pekara yang berlaku dalam produksi. Terlalu banyak. Hinggakan kami semua menangis bersama. Hingga hari ini kami terbayang-bayang beg galas berwarna hitam, sekotak 'sirih', ungkapan 'primadona', "seluar hok longgar-longgar", adegan di Green Room, skrin di projektor, 'atas arahan' curtain hitam blackbox. 'biar kami buat dulu, baru tegur!' dan macam-mcam. Kak Ani, kami mohon maaf andai perlakuan kami keterlaluan atau ada perkara yang membuatkan kak Ani marah. Kami tahu kak Ani tahu apa yang terbaik untuk kami. Kami percaya itu. Ketakutan dan beban yang kak Ani bawa lagi besar. Kami lupa, kami membawa nama ROHANI YOUSOFF, satu nama besar dalam industri seni. Kak Ani sengaja buat begitu supaya kami kelihatan hebat di hadapan penonton dan anak murid kami.

Dalam benak aku satu perkara sahaja yang terlintas  'reverse psychology' dan ianya berjaya membentuk jiwa kami untuk masuk dalam dunia RIBUT.

AL FATIHAH
untuk Sebutir Bintang yang bernama ROHANI YOUSOFF


Sunday, 4 June 2017

AKU adalah HIKAYAT CENDAWAN PUTIH

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah tertunai janji untuk melangsaikan hutang budi terhadap beberapa indvidu yang bersama sepanjang perjalanan menamatkan projek Pasca Siswazah. Segalanya bermula dari 2014 dan insan yang paling menolak semangat ini adalah Dr Rohani Yousoff. Disebabkan beliaulah maka Hikayat Cendawan Putih dipentaskan. Dr Rohani Yousoff orang yang sangat kental jiwa Melayunya. Itu yang penulis kenal. Saat diajukan naskhah Hikayat Pattani dan Hikayat Cendawan Putih (HCP), penulis tertarik dengan HCP kerana keunikan tajuknya. Tidak perlu alasan lain, semuanya berdasarkan kata hati. Saat ditanya oleh beliau, kenapa memilih HCP penulis tanpa ragu-ragu tertarik dengan cerita-cerita lipurlara, pengembaraan wira dan naskhah HCP ini sendiri menampilkan kepelbagaian watak yang penulis lihat boleh dikembangkan  menjadi sebuah persembahan yang unik. Dua kali ianya dipentaskan, penulis mengundang beliau menonton;

" Kak Ani tak mahu datang ke menonton hasil kerja kak Ani ni?'  "Apa pulak kerja I, hasil kerja U tu! Jauh di situ hati beliau ingin turut serta menonton malahan berkali-kali suruh diemailkan disertasi untuk disemak. Masih mahu mengalas tugasnya selaku supervisor walaupun sudah tidak bersama. Saya berterima kasih juga kepad Dr Anwar Rithwan kerana beliau juga pemangkin yang meneruskan tugas selaku supervisor setelah Kak Ani meninggalkan ASWARA

GAYA SENI LAKON TRADISIONAL  MELAYU

Hikayat Cendawan Putih mengangkat keunikan gaya lakon teater tradisional Melayu merujuk kepada Makyung dan teknik suara Tok Dalang sebagai satu kajian yang mengangkat keistimewaan dunia Melayu. Pada awalnya idea penulis ingin mengangkat lakonan monodrama sebagai satu eksperimentasi dalam membawakan naskhah ini ke pentas. Konsep persembahan ini ingin diketengahkan merujuk kepada konsep 'lipurlara' dalam Awang Batil, Tok Selampit yang menampilkan seorang pemain. Penulis meletakan diri sebagai pemain kerana minat yang mendalam terhadap lakonan monodrama. Namun proses ini berubah dan akhirnya penulis memangku kerusi pengarah. Alasannya penulis perlu melihat keseluruhan hala tuju persembahan ini. Gaya Melayu bukan sahaja ditampilkan menerusi lakonan, malah aspek visual dan artistik seperti set, kostum, tatarias, pergerakan, nyanyian dan muzik perlu bersatu mengangkat gaya lakon itu sendiri.


Tidak dapat disangkal penulis memang menyukai sesuatu yang bersifat muzikal. Setiap pengarah mempunyai kesukaannya. Namun dalam persembahan ini, penulis selaku pengarah suka memberi cabaran kepada pelakon untuk mengeksplotasikan tubuh mereka membuat sesuatu di luar kemampuan. Malahan kedua pelakon utama turut memainkan watak perempuan, binatang malah batu sekalipun tetap dianggap watak. Hahahhahahah penulis sengaja memberi cabaran kepada para pelakon. HCP menampilkan dua pelakon utama dan 8 korus lelaki. Kenapa semua lelaki? Jawapan yang pasti adalah keselesaan pemain. Kalau bercampur akan wujud rasa yang membantutkan usaha penulis untuk mencapai kehendak dan hala tuju persembahan. Penulis BUKAN menafikan kemampuan perempuan untuk membuat pekara yang bersifat fizikal. Ini kali, biarlah lelaki. Ada juga usaha untuk membuat konsep yang sama tetapi mengenegahkan perempuan. Insyallah kalau ada rezeki. 
Penulis sesungguhnya beruntung dapat bekerjasama dengan tenaga muda yang melimpah ruah ideanya. Hinggakan tidak terbuat. Idea yang tidak terkawal boleh memusnahkan juga. Maka penulis perlu menyusun perjalanan cerita ini. Ada juga babak-babak yang terpaksa dibuang tanpa ragu ragu, tiada kompromi dengan rasa syok sendiri.

Persembahan yang berlangsung selama sejam suku ini dimulakan dengan penampilan korus babak prolog selaku tok dalang sebelum  memasuki cerita. Setelah tamat, pergerakan dalam bulatan dibuat sebagai satu bentuk pergerakan wajib untuk memasuki dunia penceritaan.

Hikayat Cendawan Putih bertitik tolak dari perjalanan Raden Kesuma Ningrat yang dibuang dari istana bersama ibundanya setelah difitnah akan membawa bencana kepada negara oleh Raden Kesuma Wati. Oleha kerana termakan kata, ayahanda menghalau keduanya dengan berat hati.

Maka membesarlah Raden Kesuma Ningrat di hutan di sisi ibunya, belajar ilmu perang dan mengembara mengenal erti hidup. Ditakdirkan bertemu kembali dengan abang tirinya Raden Kesuma Wati, yang akhirnya menolak beliau ke gaung ketika di Puncak Meraksa Dewa setelah keduanya bertemu telur burung merpati  untuk ubati ayahandanya yang gering.

Setiap peperangan yang Raden Kesuma Ningrat tempuhi beroleh kejayaan, namun peperangan dengan nafsu amarah dalam diri, berdepan dengan darah dagingnya sendiri lagi maha hebat. Tidak tertanggung rasa malu dan sakit hati. Apakan daya, hanya itu sahaja waris yang ada. Buruk dan baik tetap saudara.

Hikayat Cendawan Putih..Sebuah Pengembaraan Si Penglipur Lara telah menemui khalayak pada  27-29 November 2015 dengan kerja sama DBP di Auditorium Dewan bahasa dan Pustaka.  Malah pada tarikh yang sama rakan-rakan batch pertama sedang menerima skroll di majlis konvekesyen. Saat ini rasa terkilan kerana tidak sempat menyudahkan pengajian.

Kali kedua ianya dipentaskan pada 2-4 September 2016 di Panggung Eksperimen untuk penilaian Pasca Siswazah dengan skala yang berbeza. Beberapa penambahbaikan dibuat dan teknik video mapping dibuat khas untuk membezakan dari pementasan pertama. Jumlah korus dari 3 ditambah menjadi 8 orang.  Antaranya Abi Madyan Mohd Fakir, Muhammad Amirul AIlias, Nik Fadlee Elhamshah, Muhammad Syamil Azhar, Mohamad Azrul Amri Abdul Rahman, Ahmad Ihtisyammul Haqq Ishak, Muhammad Syrul Ezwan Zamari dan Muhammad Eizmier Rosmen. Manakala pendukung utama Mohammad Faiz Abdul Malek dan Muhammad Akid Jabran Mohammad Jaafar.
Penulis berniat untuk mementaskan lagi, namun ada beberapa perkara perlu diteliti terutama dari segi dana. Kali pertama ianya dipentaskan ianya mendapat tajaan sepenuhnya dari DBP memandangkan buku hikayat ini adalah terbitan DBP. Manakala kali kedua ianya dipentaskan tanpa tajaan dari mana-mana pihak. Namun ada beberapa pihak sudi untuk menaja makan dan minum sepanjang pementasan seperti Jali Esbat, Rohayati Ashari, Aryna Rahim, Siti Katijah, Ladybosscake. Prime Time Event untuk kelengkapan teknikal manakala PlanWrite Mockers untuk Video Mapping. Rime Nazren, Shaurin Zainurin dan Mamad Hj Shamsudin untuk poster dan program book. Pihak ASWARA turut memberi sokongan menerusi pengunaan panggung dan teknikal. Beberapa usaha dibuat untuk mencari penaja namun tiada rezeki. 



Alhamdulilah, penulis bersyukur mendapat pelakon dan tenaga kerja yang tidak pernah berkira. Rezeki yang sedikit dikongsi bersama. Malah penulis berterima kasih kerana minat mereka redah bersama. Penulis turut berterimakasih kepada Shahmizan Idris (Pengurus Produksi), Tengku Iefiz Putra (Penasihat Gerak)Azizul Zahid jamal (Pengarah Artisitik), Eric Fuzi (Penyelaras Teknikal), Zetty Napiah (Pengurus Pentas) Mohd Akid Jabran (Koreografer), Mohd Safwan (Pereka Set), Safi'e Affandy & Hazmi Faiz (Pereka Tatacahaya), Plan write Mockers (Pereka Visual Mapping), Macrecelly Michael (Penyelaras Kostum), Sheera Rafi (Pereka Solekan dan tatarias), Shah Hassannul Manzar & Mohd Farshahid Md Noor (Pemuzik), Hafizee Hatta, Hamdan Hamidon, Zul Husni, Shahrul Hafizi, Mohd Fahim Mohd Ali (Petugas Pentas) serta ramai lagi yang tidak penulis catatkan. Turut diucapakan terima kasih kepada mereka yang menyumbang tenaga dan menaja sepanjang pementasan ini. Sekiranya tiada mereka ini maka terbantutlah usaha ini. Merekalah yang mewarna segalanya. Terima kai juga buat Cik Rosminah dengan gambar pegun yang buat saya terpegun. Rakan-rakan di Fakulti Teater, teman sekuliah juga Adieyka yang selaluuuuuuuu follow up penulisan disertasi penulis. Norzizi Zulkafli, Che kem, Ping Khoo, Lenny dan dr affifah dan kepada semua yang menabur budi dan bakti.. Akhir kata SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA












Thursday, 1 June 2017

Lena tak PULANG

TAHUN YANG MENCABAR
Semester ini benar-benar menguji segalanya. Otak bercelaru, tapi gagahkan juga untuk susun jadual sebaik mungkin. Kalau difikirkan, memang gila. Namun ada sebab tertentu saya perlukan lakukan semuanya. Saya sedar saya boleh, walaupun adakalanya terduduk juga. Mana tidaknya, empat produksi silih berganti, sambil mengikuti kuliah Pascasiswazah di Ledang.

Selepas tamat teater Di Bawah Lindungan Kaabah, bersambung latihan Projek Kahwin. Pada masa yang sama latihan PETA Lena Tak Pulang berjalan dari awal semester, manakala JEREBU saya lakukan ketika dalam kelas dengan bantuan saudara Iefiz Putra (Pensyarah baru yang berkobar-kobar). Ada waktu ketika, kita cuba menafikan kudrat kita. Kita paksa! Otak kata boleh tapi hakikatnya badan menolak. Itu pengajarannya. Sebab itulah selalu dimarahi, susah benar nak mengatakan TIDAK! Kalau umur 20-30 an mungkin badan tu masih segar bugar, sekarang terasa berat aja (Perut lah). Hahahhahah. Bila badan sudah biasa bekerja..memang selalu nak bergerak, tidak kisahlah walau apa posisi kerja tu.

Kalau semester lepas saya diminta untuk mengarah PeTA 2013 The Miracle Seed (Benih Keramat), tahun ini untuk pelajar Ijazah pula. Ini kira macama kes nak beranakl, bayi sudah nak keluar tapi bidan tak muncul-muncul. Produksi PeTA Ijazah, kes shiela. Bukan Shiela Mambo atau Shiela Rusly. Shiela Majid pun bukan. Ini  NOR ASILA BT LAILY.
Sepatutnya tahun lepas dia sudah pun menamatkan pengajian Ijazahnya, tapi ada masalah rumah dan tangga maka extend lah beliau.

Pihak Fakulti tidak membenarkan pelajar ni mengambil bidang pengarahan kerana kurangnya pengalaman praktikal. Maka fakulti mencadangkan beliau mengambil bidang lakonan. Last minit Shiela nak ambik pengurusan pulak!! Masa tu rasa macama nak ambik kepala si Shiela ni, kemudian sagat atas papan sagat kelapa. Kecik besau je nengokkan si shiela ni.  Dalam perhatian saya, shiela boleh berlakon, ada suara pentas, ada rasa, ada perasaan, hanya kekurangan dari segi permainan lakon. Shiela jarang beraksi di pentas, maka proses membentuk akan mengambil masa. Matanya...asyik melilau! Menjaga Shiela seorang umpama menjaga sekandang Singa

Teks ini diplih setelah melalui beberapa tapisan. Peringkat awal membaca naskah ini, dan kata-kata arahan pentas, naskah  ini menampilkan konsep realisma. Semasa melakukan sesi preview juga, kami kekalkan konsep tersebut sehingga ke preview kedua. Atas nasihat panel dalaman, konsep tersebut diubah menjadi  eksperimen memandangkan isu dalam naskah tersebut sesuatu yang lebih besar ari isu kekeluargaan

LENA sampai TAK PULANG

Naskah karya
MURAM BATUBARA  seorang penulis Indonesia dan olahan skrip
PENAPUTEH
ni sangat mudah untuk difahami. 
PeTA 2014 ini turut dibantu oleh Juhan Junaidi dan kemudian digantikan dengan Ahmad Zikry Rashid Bin Haronaminar Rashid sebagai ayah, Ika Ratna Elnie (Lena), Syed Atiq Wan Long (Tetamu II), Zetty Napiah (Tetamu i), Siti Ashmeeme BInti Zul (Pembantu Rumah) dan AIman Fariz Bin Azmi (Polis)
LENA TAK PULANG merungksi perihal sebuah keluarga yang kehilangan anak kerana lari dari rumah. Kehilangan Lena, tidak dihiraukan oleh si ayah. Beliau menganggap Lena pasti pulang kalau duitnya habis, kalau dia bosan, kalau kalau kalau dan kalau.  Bagi si ayah lagi, selagi tiada perkhabaran atau laporan yang keluar di dada-dada akhbar atau  media sosial tentang kes tersebut selagi itulah beliau merasa kerisauan itu perlu diketepikan. Berbeza dengan si  Ibu.


Namun demikian setelah tiga hari berlalu, kerisauan mendesak sang Ibu untuk melaporkan kepada polis. Si ayah masih berdegil dan enggan membuat laporan kerana firasatnya anaknya LENA masih selamat. Hakikatnya LENA lari dari rumah kerana, keberadaannya di rumah tidak pernah dipedulikan. Gejolak jiwa remaja memberontak kerana suara dan pendapat tidak didengari. Kesenangan bukan satu kenikmatan dan kebebasan baginya. LENA TIDAK PULANG turut mempersoalan hal politik secara tidak langsung, janji orang politik ibarat menunggu orang yang Lena dibuat tidur sampai tidak pulang. "Cakap berdegar-degqar tapi habuk pun tak ada". Si Ibu dan ayah memikat anak dengan kemewahan, gaget, duit ribu riban tapi hak dan suara anak diketepikan. Samalah macam politik sekarang ni. Tabur jangan tak tabur. Keluarga LENA ni sama saja dengan politik di negara LENA. Sudahlah LENa ...nak tidur!

** Lama dah tulis tapi tinggal gitu je.