RAJA MUDA HAMLET
Selesai sudah pengerjaan naskah ini dan sudah berjaya dipentaskan. Awalnya naskah ini untuk pelajar kelas bangsawan, namun terdapat perubahan penjadualan semester dan akhirnya jatuh ke tangan pelajar graduan. Rezeki mereka. Idea untuk mementaskan naskah ini datangnya dari dua orang utama dalam fakulti, Encik Reza Zainal Abidin selaku dekan dan Cik Rosminah Tahir selaku mantan dekan. Merekalah pengerak utama sehingga berjaya dipersembahkan kepada khalayak.
Banyak jugalah komen yang saya dengar. Bak kata Marlenny sahabat rapat yang sering saya ajukan soalan jika ada kekalutan.
"Best tapi something missing" katanya.
Ada juga pendapat lain:
"Best, tak bosan. Tempo laju, fokus pada cerita"
Malahan ada yang kata:
"Set bagus, lakonan bagus. Tapi HANCUR!
Saya tidak tahu apa yang hancur??? Sebab tidak ada lakunan bangsawan atau bait dialognya bukan bangsawan. Tapi saya boleh menerimanya. Sesekali saya harus berpegang pada kata azimat Marlenny Erwan:
" Ada aku kisah!!
Ya, saya mula belajar itu.
Saya faham. Saya akui. Saya sengajakan. Bila terlalu lama dalam membuat pekara rutin, saya juga rimas. Malah ada berdetik dalam hati,...
"dahlah tak payah buat bangsawan. Banyak benda lain yang boleh dikerjakan".
Saya merasakan ini proses kematangan dalam diri untuk keluar dari 'zon selesa'.

Sedari awal saya telah terlihat, masalah utama adalah kata-kata ucapan dalam naskah shakespeare ini dan saya amat TERUJA untuk mengekalkan bait-bait ucapan dialognya yang puitis tambahan pula ianya merupakan terjemahan AHMAD YATIM, Sayang kalau diubah, itulah konflik terdalam yang saya alami. Hasilnya memang saya mengekalkannya dan saya bertanggungjawab dengan pilihan itu.
Memecahkan naskah ini menjadi babak-babak amatlah sukar, sementelah banyak adegan menarik dan sekali lagi rasa SAYANG menguasai diri. Hampir setahun proses pengerjaan ini berlaku dan akhirnya terdapat 7 babak penting dan 3 adegan street scene -lakonan kumpulan opera (extra turn), 1 street scene adegan Hamlet bertemu roh bapanya dan 1 nyanyian (extra turn lagu Biarlah Rahsia. Dicadangkan oleh Encik Reza, Lagu ini cuba memberi intrepetasi kepada luahan jiwa antara watak Ophelia dan Gertrudge).
Kemunculan kumpulan pelakon Opera menjadi pengikat kepada babak tertentu, penggunaan bahasa yang lebih kolokial. Saya cuba menjadikan kata azimat Hamlet "Bertindak atau Tidak" sebagai lagu yang membawa pergerakan kumpulan ini sehinggalah kepada kemunculan terakhir dan mereka menyanyikannya dengan mood yang berbeza. Liriknya digubah dan adegan tersebut dilakukan secara improvisasi menerusi latihan dalam studio. Seperti kata dekan saya...
" Itulah konsep u! Apa kata u explore dari situ".
" Itulah konsep u! Apa kata u explore dari situ".
Malahan ketika babak lakonan dalam istana, saya cuba menerapkan lakonan bangsawan menerusi lenggok dialog bangsawan melayu yang stylized, namun didramatarikan. Awalnya pelakon melafazkan kata-kata tersebut tetapi setelah berbincang dengan penolong pengarah Sharful Akma, kami membuat pilihan untuk mengekalkannya dengan lakonan mime sekadar untuk memberi variasi agar idea penceritaan lebih menonjol. Cuma fokus utama ketika adegan racun sahaja. Makanya saya pisahkan antara gerak dan dialog, dan dilakukan oleh orang yang berbeza.
Gurindam telah digantikan dengan prolog, disampaikan merusi lirik lagu dan muzik. Pergerakan penari lebih membawa kepada gelodak jiwa Hamlet, pergerakan yang bersifat kontemporari dan kejiwaan. Hazra Ghazali amat memahami kehendak saya selaku pengarah.
Pergerakan dicipta dahulu dan barulah pengarah muzik iaitu Encik Faizal Fauzi menghasilkan iramanya mengikut kehendak dan sifat tarian. Faizal hakikatnya memberi mood yang cemerlang sepanjang persembahan. Puas hati mendengar muziknya! Tahniah Faizal walaupun dalam keadaan kalut dia mampu menyempurnakan kerjanya. Adakalanya dalam keadaan terdesak, inspirasi tu mencurah-curah. Saya juga pun adakalanya begitu.
Sememangnya kami produksi cuba untuk lari dari suasana naskah asal dan melahirkan dunia yang lain. Cuba untuk mengelak perulangan dan mencipta dunia yang lebih segar. Maka kami seboleh-bolehnya mengelak dari berpegang pada latar yang asal. Seandainya ada yang mempertikaikan ke bangsawanan kami, kami terima dengan seadanya. Namun bukankah drama aliran shakespeare itu bersifat Opera dan di situlah klasiknya, dan bangsawan juga adalah opera melayu. Mungkin hanya kerana kami mengekalkan teks tersebut, maka tidak terlihat nada-nada melayunya lalu ianya dikira bukan bangsawan?
Bagi saya tiada salahnya saya menggabungkan form bangsawan dengan klasik barat. Ini satu eksperimentasi kami. Tambahan pula telah berulang kali kami mementaskan cerita Melayu, Arab, Jawa dan masih berpegang pada paksi yang asal. Jadi, KALI ini kami cuba untuk bereksplorasi. Saya pernah mementaskan Bunga Sakti Cinta Malam ( A Mid Summer Night's Dream adaptasi oleh Marlenny Erwan). Sekali lagi saya jelaskan, saya memang SENGAJA mengekalkannya begitu. Hasilnya satu garapan yang lebih segar di mata saya tanpa adanya extra turn nyanyian yang terasing dari cerita. Namun begitu sedikit sebanyak saya cuba juga menerapkan gaya bangsawan ketika berdialog supaya lebih seimbang.
Malahan adiguru saya PAK RAHMAN sendiri menjelaskan extra turn nyanyian dan tarian hanya ada di pembukaan bangsawan dan sebelum babak terakhir. Selebihnya adalah street scene. Sekitar tahun 60 an barulah penyanyi-penyanyi pop ketika zaman itu diundang untuk menarik khalayak menonton persembahan bangsawan. Ada beberpa pekara yang beliau tegur dan saya terima dengan fikiran yang terbuka.
"Masa zaman cikgu, kami memang pakai baju jubah-jubah, gaun. Mungkin sekarang ni lain caranya" Luahan hatinya. Saya tahu dalam diam cikgu marah, tapi dia tidak kata tidak boleh!
Pilihan pelakon peringkat awalnya sudah terlintas dalam kepala, malahan saya meminta pandangan Ahmad Yatim yang sememangnya orang yang amat dekat dengan teks klasik Shakespearce. Macam kata Profesor Dr Rohani Yousoff..
"Shakespearce teks cik Mat. I tak boleh kacau" Dalam nada gelak dia bergurau.
"Berapa dia bayar kau? 10k? tanya cik Mat.
Saya faham soalan cik mat tu. Saya diam dan tersengeh. Kalau setiap kali buat bangsawan dapat 10K memang dah kaya saya. Yelah, selama dua tiga bulan kita fokuskan diri untuk produksi, orang tak akan faham penat lelah kita, balik tidur pun otak masih berfikir-fikir. Tapi alhamdulilah saya dikelilingi mereka yang amat membantu.

Pelakon yang dipilih memang teruji lakonannya. Kalau ada sedikit kekurangan mohon maaflah. Kalau tidak ada bangsawannya, mohon maaf sekali lagi. Memegang kata azimat Hamlet...
"BERTINDAK ATAU TIDAK, ITULAH SOALNYA"
Saya sudah bertindak, dan itu tidak menjadi SOAL bagi saya.
ok saya hormat pilihan dan kerja seni awak
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete