Teringat akan saya teater Makyung arahan Norzizi Zulkafli. Peringkat awal kami sama-sama membuat pilihan pelakon. Ternyata sukar juga hendak mencari pemegang watak Pakyongnya. Sepatutnya watak ini dilakonkan oleh penyanyi Aishah. Kami bertemu janji dengan Kak Aishah di sebuah restoran di Ampang. Tak ingat namanya. Saya, Zizi dan Toemoe. Saya kenal dengan Kak Aishah hanya menerusi telefon saja, tapi mesranya macam dah berkawan lama. Hehhe saya belajar untuk berkomunikasi dan memikat untuk produksi. Masa nak berjumpa, Zizi paksa saya temankan sekali sebab malu katanya. Kali pertama berjumpa Kak Aishah kami dah rasakan aura yang kuat, maklumlah ni penyanyi peringkat antarabangsa. Rasa kerdil je duduk semeja.
Kak Aishah teruja hendak melakonkan watak ini. Walaupun hakikatnya beliau bukanlah orang Kelantan. Bagi kami pengalaman beliau dalam nyanyian akan memudahkan proses latihan terutamanya nyanyian. Kak Aishah tiada masalah dalam lakonan, dan memang teruji dia boleh berlakon. Terbayang lagi sukarnya Kak Aishah hendak bertenggong semasa menari Mengadap Rebab tetapi beliau amat positif. Namun atas sebab peribadi beliau terpaksa menarik diri walaupun telah melalui proses latihan, lalu digantikan dengan Zuliana Zainal artis budaya Petronas yang telah termaktub keupayaanya. Maka tiadalah rezeki kami dengan kak Aishah.
Bila dikenang semula seolah-olah ini adalah gabungan pegawai dan graduan ASK, Juhara Ayob, Che kem, Mardiana Ismail, Yuniey Nur Leitey, Shariful Akma juga artis Istana Budaya. Manakala Norzizi bertindak selaku pengarah dibantu oleh Syarul Azlina. Manakala Toemoe menjadi PENYELAMAT menyelesaikan kerja separuh jalan Jalil Ngah (al fatihah untuk arwah) dan dipertanggunjawabkan untuk membantu dari sudut pencahayaan. Idea Jalil Ngah dari sudut pencahayaan sangat bagus, mungkin masalah bertindak kerja menjadi punca kekalutan. Saya selaku Pengurus Pentas. Mulanya Zizi meminta saya menjadi penolong pengarah, tetapi saya tidak berkeyakinan kerana Makyung terlalu jauh bagi saya. Lain kalilah kot. Zizi selaku pengarah sangat terbuka untuk menerima pendapat dari rakan-rakannya. Kadang-kadang kami luahkan idea yang gila-gila, untuk melihat sejauh mana ianya boleh dicapai. Proses kreativiti ini tidak boleh disekat, buat dulu dan kita akan tahu keputusannya. Maknanya perlu ada plan A, B, C dan sebagainya.
Kelebihan pentas Istana Budaya dieksploit secara total oleh Zizi. Ketika tarian mengadap rebab, pentas (stage lif) dinaik dan diturunkan untuk memberi kepelbagaian perspektif visual. Di belakang terpapar skrin besar yang menayangkan visual secara live, kelembutan dan keindahan gerakan jari-jemari si penari. Zizi dengan sengaja ingin penonton turut menjiwai keunikan gemalai tari klasik ini. Malah imej muka peran turun ditayangkan di atas kain layar kapal, semasa pakyung berinteraksi dengan peran untuk datang mengadapnya di atas kapal. Zizi sangat teruja bermain dengan skrin apatah lagi ketika itu beliau sedang mengikuti pengajian filem di UITM.
SEKITAR PERSEMBAHAN
Selaku pengurus pentas banyak cabaran dalam mengendalikan produksi. Sebagai kawan rapat, saya memahami kehendak Zizi, ketidakpuasan hatinya akan beberapa pekara bila berkait dengan artistik. Adakalanya bila ada pekara yang mencuitkan hati semasa berlangsungnya mesyuarat produksi, kami hanya akan bermain mata. Adalah beberapa pekara, biarlah menjadi rahsia.....hmmm OK..Ok ...kalau Zizi baca ni mesti dia tergelak besar..... "...kami akan gunakan kapas atau polisterin untuk buat awan". Idea yang tak masuk akal.... ni sekolah tadika ke apa.... hello Istana Budaya ok!!
Pernah juga kami bergaduh di dalam studio latihan, meninggi suara kemudian kami tidak bertegur dan bermasam muka. Dua tiga hari kemudian bila bertentang mata, dua-dua senyum dan gelak. Begitu indahnya persahabatan. Tak boleh nak gaduh lama-lama, rasa pelik. Berbalik kepada persembahan, saya tak ingat malam ke berapa. Dalam satu babak Malim Bisnun (Mardiana Ismail) dan Malim Bongsu (Yunie) telah dicampak ke laut oleh ayahandanya sebab hasutan Puteri Bota (Norsiah Yatim) yang telah menyamar menjadi Puteri Cempaka Emas. Maka beria-ia lah si Pakyong (Zuliana) membuat gerakan dan tercampaklah Malim Bisnun dan Malim Bongsu ke laut yang ditandakan di area stage lif 1. Maka turunlah stage lif 1, ke level paling bawah menandakan tenggelamnya mereka ke dasar laut.
Muncul Dewa Betara Guru, maka kesianlah dewa melihat nasib anak raja tersebut, diserunya naik ke permukaan laut SAAAAA......maka stage lif 1 pun naiklah dan terus naik dan terus.............dan naiklah ia......WHATTTTTTTTTTTTTTT TAK NAIK.....rupanya stage lif ada masalah teknikal. Saya perhatikan Che Kem dah beria-ia membuat gerak-gerak kontemporarinya......menokok nambah dialog.....sampaikan terkeluar dari mulut dia..." aloh penatnyo ambo...tok naik2. Penonton gelak terhibur. Inilah untungnya dapat pelakon yang bijak menguasi keadaan. Saya dan Zizi dah bagi que, ada masalah berlaku. Mardiana dan Yunie masih lagi di bawah. Saya ikhtiarkan untuk turunkan stage lif 2, pun sama sangkut di bawah dan last stage lif 3.....subhanallah, pun sama. Apalah MALAPETAKA untuk hari itu. Saya tidak terfikir pun hendak memberhentikan persembahan kerana ianya cuma masalah kecil, dan rupanya ianya semakin merebak. PENYELESAIAN terakhir saya arahkan kedua pelakon untuk naik mengikut tangga....dan mereka terus ke stage lif 4 untuk meneruskan aksi. Memang berpeluh malam tu....
Budak-budak teknikal dah berpeluh peluh untuk selesaikan masalah teknikal....masalah program la. Tapi kalau benda dah nak jadi...memang akan jadi, walaupun kita dah buat teknikal run ke....teko run ke...atau apa-apa run la..... atau buka panggung ke buka punggung ke. Mungkin pekara yang terbaik adalah BERHENTIKAN SHOW. Tapi al maklum, saya ni bukannya belajar pengurusan pentas BERGURU dengan sesiapa. Bezalah mereka yang terdedah dengan GURU OBERSEA. Cuma saya banggalah sebab dengan tak tahu apa-apa dan tanpa mendapat pendidikan secara formal berkaitan PENGURUSAN PENTAS saya mampu melakukannya ketika produksi teater TUN PERAK. Memang saya terkuntang kanting, cuma semangat saja yang menguatkan saya. Diam tak diam, dah 10 produksi saya uruskan. Tak ada pulak kemalangan, insyallah kalau kita tenang. Tak usahlah nak megah-megah. Allah uruskan cakrawala...tak sombong pun kan!
Jadinya malam tu memanglah saya pucat habis. Zizi dari bilik solek terus berjumpa saya bertanyalan masalah. Ini lagilah membuat saya panik, banyak pulak soal, tapi saya tahu dia risau. Tapi dia tenangkan saya yang panik....dia mahu membantu. Saya mula rasional dan membuat tindakan. Memang seeloknya pengarah tak dibenarkan ke belakang kerana pentas sudah jadi kepunyaan pengurus pentas. Pengurus pentaslah pengarah sepanjang persembahan. Pengarah cuma boleh bagi breifing dan kemudian harus ke hadapan panggung atau ke mana saja lah dia nak pergi.....tapi bukan di belakang pentas. Tapi terimakasih Zizi kerana menenangkan saya. MAKANYA SM TAK BOLEH PANIK. CEPAT BERTINDAK BILA MASALAH DATANG. Proses pembelajaran bagi saya. Setiap kali persembahan teater, saya akan belajar sesuatu dan inilah BUKU saya. Makanya bagi anda yang memang tak belajar secara formal, jangan khuatir....gunakan akal yang waras dan bertindak dengan sebaiknya.
Salam TEATER