Thursday, 27 June 2013

CHARLEY'S AUNTIE sebuah teater animme


sekitar kisah.. TEATER CHARLEY'S AUNTIE
Charley's Auntie telah menemui khalayak di pentas teater pada 1 - 3 Februari 2013 di Panggung Eksperimen Aswara, di mana ianya menggabungkan graduan ASWARA dan pelajar yang masih lagi menuntut. Pengarahnya tidak lain tidak bukan, semestinya  XAVIER FONG, graduan dan pemegang Diploma Teater dari ASWARA, pelajar teater yang saya lihat sentiasa macam 'kartun' di sepanjang dia belajar. Perangainya, senyumannya, ketawanya, lakuan fizikalnya. Sememangnya konsep 'animme' telah sebati dalam dirinya. Jadi tidak hairanlah, apabila dia mengangkat naskah ini untuk Penilaian Akhir Tahun (PETA) dan dinilai selaku pengarah. Amat jelas kehendak dan halatuju yang dia inginkan sepanjang menangani naskah ini. Naskah asal ini ditulis oleh BRANDON THOMAS dan telah diadaptasikan RICHARD HARDING GARDNER. Xavier selaku pengarah telah mengolahnya kembali untuk disesuaikan dengan latar tempatan. Sekali lagi naskah ini dipentaskan dengan sedikit penambahan dan olahan cerita yang berdurasi 1.45. Ini kiranya dia berkreatif sebanyak mungkin, yelah masa PETA dulu, pelajar terikat dengan durasi masa yang diberikan untuk persembahan.
Babak satu: Kemunculan Mejar Taufik.\
OK! Kita bercerita tentang persembahan ini. Sememangnya saya tidak langsung terfikir dalam hati untuk berlakun dalam Charley's Auntie ini. Saat diajukan peluang ini, berdetik dalam hati ' macam best jugak konsep sebegini. Nak tahu juga bermain-main". Tak kisahlah calon ketiga ke, keempat ke, yang penting saja nak terlibat dengan golongan muda supaya 'rasa muda'. Hahahhaha. Masih ingat lagi masa mula-mula Xavier telefon untuk meminang " abang eijat, actually i nak offer abg eijat berlakon, but i'm quite takut u know, sebab nak ke pensyarah terlibat dengan projek student. I sebenarnya malu nak cakap. Sebenarnya watak ni asalanya, i offer Roydy tapi dia bla..bla...bla...Terengganu...terpaksa....tarik diri...komitmen shooting..bla..bla...bla.. n after that i offer abang Nizam...bla..bla..bla..bla.....". 
Panjang pulak mukadimah dia. Kalau masuk meminang anak dara orang ni, mesti dah kena terajang. Malu sangat nak cakap, saya dah terbayang muka dia merah, senyuman dia sampai ke telinga. ".Ok Xavier, watak apa?"  "....Hmmmm Mejar Taufik"....jawap Xavier. Hmmmm ok menarik. Tak pernah merasa watak sebegini walaupun ayah saya seorang polis. 'Ok i setuju. Bila mula latihan? Saat mula latihan, rasanya macam malu sikit, nak masuk ke dalam dunia 'animme' ni, lagilah terlibat sama dengan bekas pelajar sendiri. " It's ok abang eijat, abang eijat tak perlu terlalu bersifat 'animme' sebab watak yang dipegang oleh golongan muda akan dilebihkan 'animme'nya. Abang eijat ala-ala je...hahahha. Tapi apabila dah berkali-kali dibuat latihan, saya melihat konsep 'animme' ni seperti 'stylized acting', segalanya perlakuan, ekspressi dan emosi perlu dibesar-besarkan. Tetapi, tidaklah sepanjang masa. Sebagai pengarah Xavier sudah tentukan, bahagian yang perlu di 'animme' kan. Kalau sepanjang 1.45 nak dibawa 'animme'nya, mahu muntah penonton sebab tak larat ketawa. Pelakon mungkin muntah darah sebab kepenatan. Konsep begini memang memenatkan, buatlah baru tau. Huh.

Minggu pertama latihan untuk babak satu. 
Eijat bersama Chris Daniel

Sambutan sepanjang persembahan amat-amat menggalakkan, sehingga pelajar dari Sekolah Seni Johor hadir untuk menonton. Yelah kabel kuat di sana, ada 2 ahli 'exco' yang besar badannya, yang menjaga tampuk pemerintahan di situ hahaha. Terimakasih buat Farah dan Hafdzi yang sudi mengeksport pelajar mereka. Namun rata-rata yang saya lihat, golongan muda amat senang dengan corak persembahan begini. Mungkin mereka dibesarkan dalam dunia 'kartun', maka segala perlakuan yang dilihat di atas pentas amat mudah untuk diresapkan ke dalam diri mereka. Berbeda dengan golongan yang lebih berusia. Malahan saya sendiri amat jauh dari dunia ini 'animme' ini. Mungkin ini berbalik pada fakor pengalaman sendiri, masa muda dulu kartun zaman-zaman kami lain tidaklah seagresif dan seganas zaman 2020 ni. Namun demikian, khalayak terhibur kerana mereka tidak terlalu perlu untuk memerah otak untuk berfikir subtext, apakah motivasi watak la....inilah..itulah... . Hanya duduk masuk dan lihat and enjoy the performance.
Persembahan berlangsung selama 3 hari. Persembahan malam pembukaan, sambutan amat memberangsangkan. Boleh dikatakan penuh panggung, begitu juga hari kedua. Tetapi malangnya untuk penonton hari ketiga, dalam jam 8 malam, tiba-tiba satu ASWARA black out. Siti, Saedah dan Adika adalah orang yang paling pening untuk menghadapi situasi ini. Adika sampai lurus rambut ketak-ketak dia tu. Siti pulak makin besar saiznya. Sesi 'briefing' terpaksa diadakan untuk mencari jalan penyelesaian dan pengeluaran dari masalah ini. Kata sepakat diambil untuk menggantikan persembahan hari ini ke esoknya. Ada penonton yang terpaksa dikembalikan duit mereka dan ada yang berjanji untuk hadir keesokan harinya. Sedikit sebanyak melemahkan semangat kerana dengar cerita ada pelajar dari kolej yang hadir dan juga rakan-rakan dari kidzania. Ini bukanlah alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik, namun secara peribadinya apabila dah berehat sehari momentum dalam diri saya sendiri selaku pelakon jatuh. 


Nak salahkan TNB sebab pencawang terbakar, tidak masuk akal juga. Itulah kerja pelakon, penonton tidak akan dan tidak mahu tahu masalah. Yang penting mereka bayar dan nilai duit yang dilaburkan untuk menonton haruslah berbaloi. Juga berbaloi kerana terpaksa redah kesesakan jalan, cuaca, perangai manusia di jalanan dan macam-macamlah yang pelakon sendiri pun tak mahu tahu kan. Hahhahahah. Sama je.
Antara pelakon yang menjayakan persembahan ini ialah, Shah Hasannul, Chris Daniel, Yusmar, Eijat, Shirley, Atiqah, Intan, Ashroff, Intan Diyana, Siti Katijah dan beberapa pelajar tahun satu. Diiringi pemuzik dari pelajar ASWARA. Akhir kata tahniah untuk produksi, dan dengar kata akan dipentaskan kembali. Kita tunggu kemunculannya.                                                                                             SALAM TEATER  
 

4 comments:

  1. owhhhhhh...patut la share kat timeline i,rupanya u mengata i..kikikiii....
    xpe,i maafkan sebab u sgt ohsem masa jadi Mejar Taufik...!!
    it was a great performance!!

    ReplyDelete
  2. hmmmm... that was agood review..

    ReplyDelete
  3. Saya Farah Idayu, selaku EXCO berbadan besar di SSeJB sgt2 lah berbangga dpt membawa anak2 kami menonton pementasan ini.....Gambaran yg sy boleh berikan - anak2 kami x lekang bercerita n mengulangi aksi2 yg mereka tonton mlm itu....ada yg menjadikan rujukan n insprirasi utk projek persembahan mereka....dan dah tentulah sy bangga sbb mereka tahu, org2 kuat dlm Charley's Auntie ini merupakan teman2 n sahabat2 perjuangan sy yg plg rapat.....tetiba rasa hebat dpt gebang2 kat anak2 ni smua....hihihihihih...tp yg paling bangga sekali, sy telah di offer oleh Xavier Fong utk watak baroness itu..... tetapi terpaksa menolaknya kerana komitmen sy di sekolah sgt byk.....dan akhirnya watak itu diberikan kpd rakan seperjuangan sy - Dynna Zainal.....she deserved it!!! kaki dia sgt chanteq woooo!!!!!! hihihihihihi.....rindunya nak beraksi.....

    ReplyDelete