kisah KAmI...
Sedar tak sedar hampir 15 tahun masa berlalu meninggalkan kenangan sewaktu bersama mereka ini. Inilah antara pelajar generasi pertama AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang berjaya menamatkan pembelajaran dalam menuntut ilmu teater. Ada beberapa pelajar yang kecundang di tengah jalan tetapi itu bukanlah penamatnya. Malahan mereka berjaya membina nama. Ada juga yang terpaksa menangguhkan pembelajaran kerana urusan peribadi tetapi akhirnya berjaya menamatkan pembelajaran. Antara generasi pertama yang tiada di sini Adlin Aman Ramli, Fairuz, Istina Jafri, Wan Azli, Namron dan Syarul Azlina (maaf kalau ada yang tertinggal). Sesungguhnya rindu untuk bersama semula. Mengenangkan kembali peel-peel rakan....hmmmmm
Juhara |
JUHARA AYOB (ARA) anak dara dari selayang, bekas penari, kami biasa begurau..' ah. kau hanyalah penari kaberet'. Merupakan penari KBN, makanya tiap-tiap hari datang kelas memang bergaya. Awal kemunculannya, naik bas dari selayang saja. Pernah naik kereta tapi enjin mati kat flyover, tapi dia buat kering je! Saya pernah menyewa dan duduk sebelah rumah dia dan mendajalkan dia. NO! bukan nak mendajalkan ..seriously not "kalau kau nak hilangkan jerawat, kau ambik bawang kecik, kau buat lubang kat bawang tu dan masukkan kunyit. Lepas tu kau tonyoh kat jerawat. Dia Buattttttttttttttt!!!!. Akhirnya kulit dia terbakar. Sensitif sangat kulit dia, kulit penari. Saya buat ok je! Hmmm hehehe...memang jadi tapi yelah lain orang lain kulitnya. Dah macam gadis bertudung hitam dah, naik bas mesti rambutnya akan dijatuhkan ke sebelah muka. Cover konon, ala-ala ayu. Mesti duduk di tingkap. Sorry haaaraa...
.ROSDEN SUBOH (KUDIN) anak muda yang amat nakal. Sampailah sekarang ....gurau je. Apakah yang paling ketara perbezaan dengan Kudin sekarang. Confirm kat tang rambut hahahha. Kudin ni, tangan dia suka berjalan, budak yang baik dan manja. Kudin suka mengunyah makanan dan kemudian dia akan keluarkan dari mulut dia ..." jatt, kau ambiklah ni, aku tak nak! "Ishhh..pengotorlah kau ni Kudin" Sahut saya. Peristiwa terkantoi di bulan puasa hahha.Tak salah saya masa tu dia, tomoe dan wan kot, konon-konon nak cover makan, tapi diorang tak perasan yang cermin kat belakang tu membiaskan/memantulkan (ye ke istilah ni) kembali imej diorang tengah makan. Tapi baguslah sekurang-kurangnya mereka menghormati orang yang berpuasa. Betul tak? Cuma nasib saja tak menyebelahi. Kudin kalau dia buat pergerakan, mesti akan akan satu GAYA, yang dia seorang yang bole buat dan nampak comel. Sekarang TAK TAHULAH.
MEGAT ADNAN (GAT).juga bekas penari KBN. Dia ni ala habang-habang. yelah dah kahwin dan ada anak masa tu. Respect kat dia, sanggup berhenti kerja dan sambung belajar. Sekarang alhamdulilah, dah berpangkatlah juga. Megat ni jenis serius, Tapi punya karisma mungkin ketika itu dia punya banyak pengalaman. Tapi kalau buat teater kanak-kanak, nampak komitmen dia untuk memBUDAKkan diri. Seorang yang tegas tetapi kadang-kadang tak faham jugak, orang utara kata 'keteqak'...kami panggil Abang Megat, yelah macam abang sulung dalam keluarga. Tak ingat sangat kenangan dengan dia tapi rasanya banyak ( yeler hard disk dah penuh), tapi yang pasti dia banyak membantu dalam meREKA, masa kami buat set ANAK RAJA GONDANG yang pertama. Saya yang design, dan megat amat-amat membantu.
Anak gadis ini...ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terunah ini dikenali ROSMAN ISHAK. Na na na na Terengganu KITaa!!! Sejarah hidup banyak, pernah kerja di kedai stesyen minyak, tok kerani dan akhir sekali penari KBN. Terperanzat gak. Rosman kalau buat gerak memang BESARR..hehhe. Kami jumpa sejak di USM. Dia ni pandai masak, pandai berfesyen, pandai bercakap dan hmmm membebel. Jangan suruh dia nyanyi sebab, pitch dia SANGAT TINGGI dan ke LAUT kadang-kadang. Hehheheh but he's good listener! Rosman suka fesyen, colours, materialnya.... , dan menjadi juruacara. Kalau bab-bab imitasi dalam lakon, dia yang paling nombor satu, Julie Dahlan, Kak Pah, Anita Sarawak petik jari kaki je. Awal-awal dulu Rosman suka sangat berniaga. Antaranya Kek Pisang, Rempeyek, Kain Sutera dan bedak pemutih kulit (BABAY FACE). hahhaha.
AZIZI MOHD SAID (UJANG) dah lama tidak mendengar khabar. Sekarang Ujang banyak terlibat dalam produksi TV selaku PM. Masa belajar Ujang nampak macam serius, tapi bila buka mulut dan cakap nogeri..perhhh..ternampak kesembilanannya. Ujang nampak struggle masa PETA dia, masa tu PUAN MARLIA yang direct. Tapi hasilnya Ujang sangat masuk dalam watak DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH. Mungkin selama 3 tahun tak terserlah tapi penutupnya sangat MENGUJAKAN. Lepas tu mulalah dia jadi pengacara. Ujang ni pelajar yang kurang kontroversi semasa belajar. Tapi struggle jugak sebab semasa belajar dia terpaksa kerja hotel bahagian banquet semata-mata untuk menyara kehidupan. Dan rasanya dai pernah kerja di gerai Cik Mat bersama kudin dan wan azli.
AZIZUL ZAHID JAMAL (TOMOE). Dari tahun satu dia dah kata nak buat teknikal, terutamanya lighting. Yeler kalau nak berlakon, kos banyak dihabiskan ke baju dia. Tak gitu Toemoe. Tahun satu dia ni kaki falsafah, memang pemikir la.. al maklum masa tu baru belajar id, ego, superego. Sekarang dah jadi SUPERBOWL (stambung) hehehe. Jangan marah Tom. Tom ni bole berlakon, cuma dia je tak nak. Pernah direct teater bisu, dialog disampaikan melalui gerak, dialog dimatikan (tidak dilafaz). Sampai sudah Krishen Jit tak faham. BAPAK AYAM terbesar di ASK sebab dialah orang pertama yang buat DRAQ SHOW di ASK. Ala-ala konsep persembahan dalam disko BOom BOom gitu. Seorang yang sensitif sebab dia menangis selepas habis konvo. Tak sangka habis juga 4 tahun katanya. Ni kira menangis yang lemah lutut, longlai terbaring di tepi jalan. tapi baik hati budak ni.
MOHD SHAHRUL MIZAD (EIJAT) anak Muor. Dia ni pernah belajar di USM, dapat masuk ASK terus confused. Eijat masa mula-mula budak yang pemalu, sering ke belakang. Tak terlalu menonjol dan tak juga tenggelam. Ala-ala ada tak ada. Sebelum masuk ASK, kerja pembantu jualan, jual tudung, kitab kemudian kerja Marrybrown. Kata dia, sejak tu la dia suka design. Suka sangat berlakon katanya. Menari lagilah dia ligat...boleh lah ikut beat. Menyanyi bolelah juga. Tahun pertama duduk di KL dah ada masalah, sebab ex housmate dia meninggal dalam rumah. Terus lemah semangat sampai sekarang, tulah kot sebabnya tak mandi bunga. Pernah berlakon dan memandai-mandai ubah blocking, akhirnya kena marah dan menangis dan dipujuk oleh cikgunya sambil minum-minum petang. Kerlazzzzzzzzzzzz. Ingatan pada diri buat selama-lamanya tu. PADAN MUKA KO!
NORAZILA ABAS..anak dara paling brutal semasa di ASK. Jenis yang suka redah, dia tak peduli, ikut suka hati dia. Sekeras kerikil. Zila banyak fokus pada pengurusan dan teknikal. Cuba juga untuk berlakon tapi tak boleh katanya. nampak pelik. Tahun satu dia pernah berlakon jadi watak utama ( arahan Adlin/Istana. Tak ingat). Ada satu babak sedih, dia menangis sakan. Sedih BEBENOR orang Perak kata. Teresak-esak. Dicurah-curahkan emosinya sampai melimpah ruah. Hingga ke LUAR PENTAS, tak habis-habis. Dah ditenangkan pun tak boleh, berombak-ombak dadanya menahan sedu. Juga pernah menari dalam Makyung ANAK RAJA GONDANG. itupun dia menangis sebab malu orang gelakkan dia, yang pertama kali berkemban dan pakai kain atas pentas. Menari pun keras. Sejak dari situ kot dia bersumpah MAHSURI TUJUH KETURUNAN tak akan berlakon-lakon dan menari hahahah. Melainkan berlakon dalam dunia NYATA.
NORZIZI ZULKAFLI. Orang pertama yang berborak dengan saya semasa di ASK. Dipanggilnya abang. Ishhh tua pulak rasa masa tu. ZIZI ni masa dulu-dulu anak dara yang kasar. Rambut pendek, ada misai sikit heheheh dan suka berbaju kurung (kain cotton). Sekarang dah jadi MAK ORANG dah. Dari hari pertama dia dah habaq mai nak jadi apa. Memang target dia nak mengajar. Baguslah dan dia menuju ke arah itu. Seorang pengingat yang SETIA, kalau ada birthday dialah orang pertama yang akan wish rakan-rakan dia. Tapi kawan-kawan jarang ingat dia..heheh sry zizi. Suka kasi kad ucapan dan dia amat sukakan cincin ke, rantai tangan, gelang, beg-beg galas yang nampak macam klasik dan authentic gitu. Ingat lagi kereta wolkwagen dia warna purple. Nampak bantut je bila dia naik. Tapi bunyi....18 batu dah dengar. Berusaha cari duit dengan carma tanpa mengharapkan orang tua dia.
heyyyyy... pitching i betul ok... head voice uolsssss....
ReplyDeleteu crazy kakak...
ReplyDeletelove this. sangat mencuit hati
ReplyDeleteijad... coretan ini mengambil masamu: menulis, mengingati, menghayati, menghalusi. aku hargai 'masamu' n kenangan mu... memang ianya sebuah nostalgia terindah...
ReplyDeletethx zizi...utk anda sekalain..hargailah rakan anda selagi ada. Hidup hanya semnetara, hanya sejarah yang akan dibawa. Belajarlah ilmu sejarah (tawarikh)
ReplyDeletehai assalammualaikum... nice story about u all semua... dah lama bergaul ngan abang2 kakak2 semua lama kutinggalkan kamu semua.. miss u all (adik chello) @ adik nabila kenal kot hahhahaha...
ReplyDelete