Tuesday, 29 September 2020

MARGA TUA.... lara ASIAH SAMIAH

 Kesakitan Yang  Membahagiakan.....MARGA  TUA

There were nights when the wind was so cold
That my body froze in bed if I just listened to it
Right outside the window
There were days when the sun was so cruel
That all the tears turned to dust
And I just knew my eyes were drying up forever (forever)
I finished crying in the instant that you left
And I can't remember where or when or how
And I banished every memory you and I had ever made
But when you touch me like this
And you hold me like that
I just have to admit
That it's all coming back to me
When I touch you like this
And I hold you like that
It's so hard to believe but it's all coming back to me
(It's all coming back, it's all coming back to me now)
Apakah kaitan lagu ini dengan Asiah Samiah? Dengan watak Marga Tua? Mungkin Asiah pernah nyanyikan lagu ini? Atau apakah mungkin Marga Tua ni berangan jadi Celine Dion... Hahhahhahahahh. TIDAK! TIDAK ada kaitan apa pun. Saya teringat masa semasa memandu pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat.  Saya dok ulang banyak kali lagu ni. Daia punya perasaan macam hendak meletup. saya menghantar pesanan kepada pengarah. Saya PAKSA dia dengar. Layankan!!
Itu pertama kali saya baca secara penuh. Sebelum ni lihat versi PeTA. Itu pun setelah dipendekkan. Bila sudah baca skrip penuh, itu emosi yang dapat saya selami. Saya masih mencari tapi bila baca naskhah dan melihat kepada dua watak itu. Itu sahaja yang saya terfikir.  Saya hanya dapat rasakan emosi demi emosi. Rintihan demi rintihan. Kenangan demi kenangan. Benci tapi rindu! Sakit tapi asyik! Rasa yang dipendam-pendam yang tersembunyi. JIwa yang kacau bilau, berombak-ombak. Ombak rindu? Tidak bukan itu. Saya cuma dapat rasa betapa kacaunya jiwa watak Marga Tua...watak yang menganggap dirinya seperti seorang penglipur lara. Seronok apabila bercerita, tapi hidupnya tidak ada orang yang tahu. Merendah dirinya hingga dia sendiri sakit. Mencintai seseorang tetapi rela dilepaskan kerana dia tahu dia tidak akan mampu membahagiakan. Derita oh derita! Sesak! 
Bagi saya lagu itu membantu saya memahami gelora sebagaimana turun dan naiknya irama lagu tersebut. Merentan-rentan! Saya berlakon dalam produksi ni melalui sesi ujibakat sebenarnya. Itu pun setelah didesak bertubi-tubi. Bukan tidak mahu tetapi ada komitmen lain. Sukar sebenarnya hendak menolak kerana bila dibaca wataknya ehhh dia ni  macam aku pulak. Adalah sikit kenanya. Tapi di luar sana mungkin ada yang lebih sesuai dan bagus dan akan mencintai Marga Tua. 
Secara jujurnya sampai ke malam pementasan saya masih tidak mampu menghafal dialog dengan sempurna. Setiap kali habis babak, saya akan kembali kepada teks. Masalah fokus? Gangguan? Saya tidak pasti. Walaupun ada beberapa babak telah dipotong untuk memendek durasi persembahan, saya masih terkial-kial. Faktor umur mungkin? Kurang latihan? Itu sudah pasti. Malah terasa menyesal pula apabila mengambil tanggungjawab ini. Sebenarnya saayang untuk meninggalkan sepatah perkataan. Cerita Asiah Samiah ini hakikatnya mudah, awal dan akhir babak pada saya adalah dunia nyata Pak Marga. Cerita yang berlaku di antara itu adalah kisah-kisah lama atau imbauan yang bermain dalam benaknya. Kisah silam yang dibawa kerana cinta tidak bersambut. Laranya memakan diri.

 

Asiah Samiah membesar di hadapannya dari kecil sehingga menjadi anak dara. Ibarat buah ranum yang sedang mekar di atas dahan. Ramai yang mengimpikan Asiah. Marga tidak pernah meluahkan apa yang ada di hati. Dia tahu Asiah hanya mencintai Anas Samanda. Kerana cintakan Asiah, Marga menjaga anak Asiah hasil dari perkahwinan Asiah dengan Misa Sigaraga. Sehinggakan Asiah menjadi gila dan merayau-merayau mencari Anas Samanda yang sebenarnya sudah mati ketika rusuhan.  Marga mengimbau kisah Asiah, dan Asiah mengimbau kisahnya dengan Anas. Asiah Samiah itu samada hanya bayangan di dalam kepalanya atau berkemungkinan Asiah Samiah masih hidup. Tapi bagai Pak Marga hidup atau mati sama sahaja. Asiah mangsa kerakusan manusia yang melihat hidup ini boleh dibeli dengan wang. 
Asiah Samiah dinafikan haknya sebagai anak untuk buat pilihan. Hati Asiah Samiah hanya ada pada kekasihnya Anas Samanda. Semuanya diluahkan kepada Pak Marga, seorang pendengar yang setia. Anas Samanda seorang pejuang. Pejuang golongan bawahan yang ditindas oleh manusia yang rakus merengut kekayaan dan kebahagian orang lain. Marga juga seorang pejuang tetapi dengan caranya. Berbeza dengan cara Anas. Dia sudah melihat kesengsaraan ayahnya apabila cuba mempertahankan haknya. Ibunya lari berkahwin lain. Marga dibesarkan di rumah anak yatim. Hidup berpindah-randah. Kesengsaraan ini lah yang menganggu hidupnya sampai tua. Adakah Anas  nampak semua ini? Manusia!   Masing-masing terperangkap dengan kehidupan manusia lain.  
"Setiap senja. Setiap senja saya jadi takut dengan senja. Setiap senja saya harus mendengar dia menyanyi. Saya benci suara itu! Saya bencikan lagu yang dia nyanyikan. Saya benci dia! Saya benci segala-galanya mengenai dirinya. Setiap senja apabila tirai malam melabuhkan dirinya, dia akan berada di sini! Di jalan ini! Ini jalan saya. OK! Bukan saya yang membinanya tapi saya telah berada di  jalan ini sekian lama. Bukankah apa yang ada pada kita akan jadi milik kita walaupun bukan milik kita?  Itu hukum alam."
Beginilah. Secara ringkas saya boleh andaikan, kalau hari-hari kita makan "cheese cake, kita akan muak dan mual. Tapi kita masih  nak makan. Begitulah dengan Marga, dia benci Asiah tapi dia masih mahu bercerita kisah Asiah.. Hanya KENANGAN yang membuat dia HIDUP. Orang kata hanya THROWBACK! Bukan dia tidak boleh MOVE ON. Dia OK. Cuma ada saat dan ketika. Untuk rasa kebenaran dia hidup. Dia tidak meyusahkan orang lain. Dia dan dirinya sahaja.

KISAH MALAM PEMENTASAN

Ok hendak bercerita sedikit. Apa yang saya coretkan hanyalah pengalaman peribadi saya dalam melakukan kerja-kerja lakonan. Saat berdepan dengan naskhah dengan rakan lakon dan penonton. Mungkin tidak penting bagi anda tetapi baca saja. Tidak memerlukan kos pun. Kan!!!!

Persembahan malam pertama yang sangat 'play safe', Terlalu banyak fikir. Fikirkan dialog, fikirkan blocking. Otak menerawang fikirkan pasal penonton. Kacau. Rasa tenggelam timbul. Jiwa kau rasa kering! Perasaan yang keluar dari diri tu tawar. Saya tersedar yang 'saya' menguasai diri lebih dari Marga itu sendiri. Terlalu berhati-hati. Takut dan gemuruh mungkin. Terlalu gemuruh? Ya, itu sangat bahaya. Tapi saya ada tanggungjawab yang perlu dilangsai. Tamatkan cerita ini. Rasa? Ya...saya tipu rasa itu. Menipu sahajalah dengan perasaan yang tenggelam timbul itu. Di saat kau hilang kejujuran untuk bermain, kau berjujurlah dengan penipuan untuk bermain. Dan akhirnya akan dapat kembali kejujuran itu. 

Untuk naskhah yang seberat begini dan bermain untuk 5 persembahan dan kau sejenis yang payah nak menghafal memang menyeksa dan menyesakkan. Skrip sudah tentu tidak akan lepas dari tangan. Maksud saya pada babak yang saya rasa tidak yakin. Walhal bukan tidak biasa menghafal. Menunggu Lampu Hijau tidak ada masalah penghafalan.

Namun demikian nikmat bermain dapat saya rasa pada persembahan kedua dan seterusnya. Apatah lagi pada matinee show yang saya anggap macam preview sahaja. Di saat mahu keluar pentas, saya kata dalam hati  "Ah...pi mampus, jalan saja!" Saya melangkah, saya duduk di atas platform kecil, Tarik nafas. Saya memandang penonton seperti saya  memandang manusia biasa yang saya lihat.Saya tarik nafas lagi. Saya cuba buat biasa sahaja. 

Saya tidak perlu mengejar apa-apa. Masuk dan kelaur pentas seolah tidak terasa. Cepat masa berlalu. Tiba-tiba persembahan dah ke babak terakhir. Ajaib! Tipulah kalau saya tidak rasa terbeban. Masih ada untuk babak tertentu tetapi macam saya katakan, saya tidak mahu dibebankan dengan benda yang memang satu bebanan. Latar Marga sendiri sudah berat dan menyeksakan. Marga tidak terbeban sebab dia sudah biasa dengan apa yang dia alami. Dia seronok dengan bebanan itu. Mungkin saya ambil pendekatan yang lebih santai. Lalui apa sahaja yang akan berlaku. Bebanan yang menyeronokkan.

Saya tidak mahu bercakap pasal method atau kaedah. Siapalah saya yang tidak pakar untuk mengaplikasikan.....hahhahaha gitu...aplikasi.... . Selalu orang kata "Wah budak sekolah lakon ni belajar method. Kita tengok  nanti!". Saya tidak pasti mengapa ada tanggapan yang berbaur sinis. Semua sekolah seni belajar tentang kaedah....belajar untuk memahami. Kalau gunakan pun sekadar untuk mencari cara yang bersesuaian. Membuat pilihan tertentu. Seolah-olah orang yang belajar kaedah ni bijak-bijak belaka. Tidak semua. 

Ada kalanya mereka yang masuk belajar itu, kerana keputusan akademiknya bagus dan pengalamannya hanya bersandarkan kepada minat, bermain teater di sekolah atau mungkin satu eskapis. Ada pula yang masuk belajar kerana  dianugerahkan bakat. Hanya perlu dibentuk. Apatah lagi kalau latar keluarganya memang dari keluarga seni. Terserlah bakatnya dari peringkat awal! Memang boleh berlakon dan itu rezeki dia. Ada yang baru bertatih. Jangan disamakan kedua-duanya. Ada pihak yang tidak belajar pasal kaedah, suka membandingkan dirinya dengan pelajar lepasan sekolah seni ini. Jangan! Tidak adil rasanya.  Kamu dan dia mempunyai jalur yang berbeza, pengalaman yang berbeza. Saya sendiri tidak belajar secara khusus. Hanya sekadar tahu. Kamu pula masuk berlakon kerana kamu memang lahir dari darah seni, ibubapa kamu dah lama dalam industri. Kamu punya cara yang senang, laluan yang tidak sukar. Dan itu adalah rezeki kamu. Orang kenal kamu mula-mula dulu pun anak si polan. Bayangkan si polan ni tidak pandai berlakon, malu jugak mak bapak dia. Tapi alhamduliah bakat kamu itu pemberian tuhan, gifted. Bersyukur sahaja.  Maka tidak perlulah dimomokkkan dengan cubaan-cubaan atau kata-kata untuk menduga-duga seperti ini. " alah aku tak masuk sekolah bole saja berlakon"   " Ehh kata belajar berlakon, tak kan tak boleh nangis" " La kata budak sekolah 'U', tak kan berlakon macam ni" 

Sebenarnya tiga tahun belajar tidak mencukupi, dan bukannya hari-hari kau mengadap kelas lakon. Muntah kuning dibuatnya. Mereka banyak subjek-subjek lain demi memenuhi tuntuan pembelajaran.  

Lakonan itu berkait rapat dengan pengalaman hidup juga. Mereka baru hendak melangkah, merasa dan membina dunia mereka. Jangan diperkecilkan. Begitu juga untuk pelajar seni yang mahu serius dalam bidang seni. Merendah dirilah, anggap sahaja setiap proses di luar itu umpama berguru, mencari ilmu, usah didabik dadanya umpama ayam berkokok. Menayangkan kehebatan diri. Berguru dengan sesiapa sahaja. Kamu tidak akan rugi..Kamu di luar bagi mereka ruang dan peluang. 
Opss.... Siapalah saya untuk mengajar orang lain. Saya juga masih mencari. ( Dah macam Marga Tua dah )

Memang, tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Yang lama haruslah beri panduan, galakan dan motivasi bukan untuk banding-bandingkan kehebatan kamu dengan budak yang belum masak ranum. Penat membebel.

Ok kembali kepada Asiah Samiah. 
Untungnya saya kerana mendapat rakan lakon dan pengarah yang bagus. Marlenny Deenerwan. Katanya "  abang ijat buat apa sahaja, saya terima". "Kau ni memang mengundang lenny" kata saya dalam hati. Saya perlukan orang melihat saya , guide saya. Dia lakukan sebaik mungkin. Itulah namanya kepercayaan dan itu juga satu pekara yang menakutkan. Risau saya akan memusnahkan kepercayaan itu. Harapan yang sangat tinggi. Malah Lenny akur denagn desakan masa dan tuntutan kerja hakiki. Masing-masing terkejar-kejar. Lenny juga harus akur untuk memendekkan naskhah. Penulis Asiah Samiah Johan Jaafar juga memberi lampu hijau untuk pengarah memotong bahagian yang dirasakan tidak penting. Besar tanggugjawab pengarah sebenarnya. Semasa sesi pembacaan skrip, durasi masa yang diambil adalah 3 jam. Itu baru sahaja baca, belum dilakonkan. Maka keputusan Lenny adalah tepat dengan menjadikan persembahan 1 jam 45 minit. (Dalam hati berkata sayangnya bahagian ni kena potong. Saya pun harus redha yang saya payah nak menghafal)

                                                          

Sejujurnya banyak perbincangan antara Juhara, rakan lakon yang sebati. Roslan Madun ada bertanya "kenapa kau bagus bila berlakon dengan Juhara". Maknanya bila berlakon denagn orang lain jadi tak bagus kata hati saya. Saya sebyum. Berfikir-fikir, bertimbang-timbang dengan ayat kata-kata itu. Ada betul kot.  Tidak tahulah nak jawab bagimana. Juhara memberi rasa dan tahu kelemahan saya. Dia yang banyak cover kalau saya tersasar atau termangu. Dia pandai baca mata saya dan menutup kelemahan saya. Kami sama-sam pelupa dan sama-sama ingat mengingati. Lagipun dia tuan punya rumah sewa saya masa duduk di Selayang. Hahaha tak ada kaitan pun. Apa yang boleh saya katakan SERASI. Itu saja. Nanti lah sambung. Banyak jugfa berbincang dengan Along Silalahin, dia memerhati dari jauh. Saya mendengar. Berbincang jugan dengan Tania, pelkon yang superb denagn perasaan. Sekali baca naskhah inidia sudah nampak Marga itu siapa. Kami berkongsi pendapat. Bagi saya yang baik saya terima, dan serhkan kepada pengarah untuk membentuk lakonan itu. Dalam naskah ini ada Marga Muda dan Tua. Saya harus cari kesamaan dengannya. Proses yang menarik. Anas Samanda saya benci dengan dia. Pentingkan perjuangannya sahaja. Hakikatnya semua watak ada kebenaran di saat itu. Kalau kita di tempat mereka mungkin itu juga yang akan kita lakukan. Lojik di saat peristiwa itu berlaku.

Marga cintakan Asiah. Saya juga cintakan Asiah. 
Realiti itu tetap ada. Asiah ada di mana-mana. 
Ada dalam diri kita!


Aku adalah MARGA