Secara jujur keterlibatan saya bersama CTRA dianggap sebagai projek kroni. Ya, kroni! Itu juga yang diucapkan oleh PRODUsERnya di saat sidang media..." pelakon kroni". Tidak, bukan kroni! Saya lakukan kerana seronok. Pernah juga saya menolak projek teater kerana ' ANGIN tok MARI '. Awalnya saya seperti sukar hendak terima istilah KRONISME tetapi difikirkan dengan akal yang waras, dah berpuluh tahun dan berbelas atau puluh teater bersama produksi ini. Kalaulah boleh dibuat tesis, tajuk tesis saya yang paling sesuai adalah MEMBESAR BERSAMA CTRA atau ROHAYAH ATAN atau ROSMINAH TAHIR hahha..macam buku mendiang Krishen Jit..Membesar Bersama Teater.
Sepintas lalu, semasa tahun 3 Diploma ASK saya pernah buat praktikal (latihan industri) bersama CTRA untuk projek teater ASSYURA. Buat set dan bertukang ok! Dan kebetulan juga semasa tahun akhir ROSMINAH TAHIR adalah penyelia PETA. Adakah itu kroni? Bukan, itu bukanlah kroni...itu keselesaan. Kalau nak bercakap perihal kroni..semua tempat ada...TV station...dunia politik...institusi pendidikan...peniaga pasar malam..makcik cleaner.....cikgu sekolah....penduduk flat...artis dan wartawan. Mana-manalah.
Bukanlah saya mahu bercakap perihal kronisme. Hanya berkongsi pengalaman dan rasa peritnya bila lakukan beberapa pekara dalam satu-satu masa. Di Bawah Lindungan Kaabah telah berlangsung dari 9 -18 Mei 2014 yang lalu menggabungkan beberapa nama besar dalam industri. Antaranya Nasha Aziz /Elfira Loy(Zainab dewasa/remaja), Adi Putra, Taufiq Izmer (Hamid dewasa/remaja), Fizo Omar, Dafi Ismail (Salleh dewasa/remaja) , Liza Abdullah, Yasmin Hani/Dayana Roza (Rosnah dewasa/remaja) Alina Hassan, Zahid AF berserta artis-artis Istana Budaya.
Karya hebat Allahyarham Profesor Dr Hamka adapasi dari novel Di Bawah Lindungan Kaabah ini pernah diangkat ke layar filem pada 1978 dan 2011 di Indonesia. Di Malaysia mungkin ini kali kedua ianya dipentaskan. Kali pertama berbentuk monodrama untuk projek akhir PETA ASK 1998, lakonan Azizi Mohd Said. DBLK di Istana Budaya membawa khalayak menyusuri hidup Hamid dari zaman kanak-kanak, remaja hinggalah beliau meninggal di tanah suci Mekah.
Monodrama DBLK arahan Datin Marlia Musa pula, berkongsi cerita menerusi warkah-warkah kiriman Hamid dan Zainab. Dua pekara yang berbeza bentuknya. Ikhlasnya saya masih terkesan dengan persembahan monodrama tersebut. Set yang sederhana, permainan lakon yang sederhana, pelakon yang naif/bersih/ikhlas adakalanya 'blur' tetapi mengesankan juga konsep persembahannya. Azizi atau Ujang seorang pelakon yang blur di saat itu, sukar mencapai permainan rasa dan emosi, tidak matang, namun dalam ketidakmatangan itu dia berjaya membawa resah, gelora, sedih pilu Hamid. Sukar untuk membandingkan dengan persembahan berskala besar yang mempunyai pelbagai tuntutan memenuhi ruang yang besar. Namun, apa jua sekalipun ianya berbalik pada persembahan lakon. Saya faham sukar menangani teks yang sarat dengan rasa jiwa ini.
Selesai DBLK menutup tirai banyak komen yang didengari. Kenapa perlu ada Hamid dewasa? Kenapa skripnya begitu? Tak puas lihat Hamid remaja! Mengapa macam lembab aje? Bosanlah, pacing slow. Tarian Sufi tu tak kena konseplah! Zainab dan Rosnah tak nampak macam kawan baik pun! Kenapa remaja Elfira Loy tapi dewasa jadi Nasha, mcam tak kena aja! Macam-macam. Mereka yang menonton ada hak melontarkan pendapat sebagai orang yang keluarkan duit beli tiket, tidak pun berikhtiar penuh daya untuk dapatkan pas percuma. Tidak kiralah, hak bersuara ada di tangan mereka setelah 2 jam terperangkap punggungnya. Ya, benar, ada babak-babak yang menjerut emosi, meleret-leret, ada juga babak yang seronok ditonton. Ada juga terdengar sedu penonton menahan air mata dan hidung. Ada juga tepukan gembira penonton melihat pelakon kesayangan di saat berdiri di pentas. Ada juga kelihatan penonton terperosok badannya lena tidur di kerusi empuk. Pelbagai ragam. Jawapan selamat..sukar memenuhi kehendak penonton.
Jadinya saya ni sebagai apa? Watak nasi tambah? Watak ciput bak kata orang. Hahahhahah..kehadiran saya sekadar memeriahkan suasana di hari raya sahaja. Terkedu juga bila membaca skrip. Kata hati ..." eh, macam tak banyak aja dialog watak SHEIKH ni!". "Tak mengapa, biar tak banyak dialog, tapi impaknya itu" pujuk hati saya lagi. Saya hanya menjadi pendengar kepada watak TUAN (Zahid) si pencerita. Keluar setiap kali watak TUAN beraksi di pentas. Watak SHEIKH...tuan punya milik rumah sewa Hamid. Tapi tidak selalu bersama Hamid, oleh kerana itu Hamid sering luahkan perasaan kepada TUAN. Mungkin sebab SHEIKH sibuk sebab banyak rumah sewanya tu. Jarang jumpa la kot. Hmmm konpius sikit. Mungkin watak SHEIKH ni hanya pentingkan bisnes rumah sewanya, ada aku kisah kisah cinta kau....atau..." Hamid, duit sewanya segera lunasi ya. Jikalau tidak keluar saja dari ini rumah"
Seronok bermain watak sebegini, tidak terikat pada satu latar. Watak perintis masa, seperti korus dalam teater GREEK yang memberi komen pada apa yang berlaku. Rasa Bodoh? Adakalanya rasa juga, namun tanggungjawab dan yang penting anda dibayar untuk beraksi. Maka lakukan sebaiknya! Dalam kebodohan itu, pamirkan kebijaksanaan. Bermain seadanya. Jangan overshadow la sebab kau tu watak pendamping, bagi warna sikit pada babak. Bersyukur dapat terlibat DBLK dengan babak yang tidak membebankan kerana di saat itu banyak tuntutan kerja yang lain, maka rasanya berbaloi dengan masa yang diperuntukkan. Kenapa tidak tolak saja? Boleh saja tapi dah janji dan sewa dirinya juga menarik. Bak kata FIZO, kerja mudah!!!! Kerja mudah??????? Hmmmmm...watak beginilah yang sukar, kerana tiada tercatat dalam skrip, kena korek otak dalam-dalam untuk cari watak. Terpaksa lakukan improvisasi untuk wujudkan suasananya. Lainlah kalau dalam skrip tu dah tertera segala pekara berkaitan watak pada tiap babak walaupun tidak dinyatakan secara jelas.
Jadi, untuk mereka yang rasa HANYA MENDAPAT WATAK KECIL...jangan KECILKAN KEBOLEHAN ANDA, ya!