
![]() |
Dua performer yang meningkat naik. Sherry Alhadad (Puan Katimah) dan Mak Long (Ketum) |
PROJEK KAHWIN mengingatkan saya dengan projek akhir PETA 1998 semasa di ASK. di mana saat itu saya telah mengangkat sebuah karya drama radio LEPAT PISANG KOPI O sebagai naskah pengarahan. Dari drama radio saya kembangkan menjadi naskah pentas dan telah melalui 3 proses preview. Sukar juga. Asalnya memang saya mencari drama yang ringan tapi isunya biasa. Preview pertama hanya untuk 15 minit, menariknya ketika itu adalah konsep yang saya gunakan. Pertembungan budaya Hindu dan Melayu. Pertemuan antara dua budaya ini saya jadikan isu, pertembungan budaya terutamanya dalam pekara yang melibatkan perkahwinan. Watak ibu (Syarul Azlina) memakai Sari, manakala si ayah hanya berseluar dan t shirt dan di sekeliling platform saya gantungkan bunga-bunga malai putih orange sebagai simbol keraian masyarakat India. Saya bayangkan watak ini adalah India-Muslim. Tidak terfikir pada awalnya, namun setelah mendiang Krishen Jit menonton
hasil preview pertama, beliau mencadangkan agar saya mengembangkan
naskah tersebut menjadi 'full play'. Saya mengalami

![]() |
Kilafairy sebagai Nisa |
LPKO dan PK tidak ada bezanya dari sudut cerita. LPKO memberi latar di sebuah desa, lewat tahun 80 an, sebuah kawasan perumahan kampung yang menghimpunkan pelbagai budaya. Sesuatu yang menyeronokkan saya mencampurkan kepelbagaian dialek dalam persembahan. Maka terlihatlah dialek Kelantan, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan di pentas.
LPKO membawa khalayak melihat keseronokan seorang ibu menerima menantunya seorang Pegawai Kerajaan. Impian seorang ibu punya menantu kerja tetap. Sekitar tahun 1980 kerja kerajaan itu sudah dikira besar. Bermula angan-angan si ibu untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gemilang. Orang dari kehidupan yang sederhana tetapi impiannya besar. Berbeza dengan anaknya Wati dan menantu yang lebih suka kerjakan pekara yang afdal saja. Ayah Wati hanya kerja kampung dan bersederhana dalam segala pekara. Tipikal watak orang kampung. Akhirnya, ketika majlis gemilang sedang berlangsung, hujan ribut memusnahkan semuanya. Pelamin, pengantin, keluarga berserta tetamu yang di bawah khemah, rebah ditimpa khemah yang roboh angkara ribut. Pengakhiran yang trajek.

![]() | |||
Azhar Zainal (Tukang Urut) bersama Shah Iskandar (Radhi), Mail dan Rizal. | |||
![]() |
Hanez Suraya sebagai Nisa |
Di akhir cerita, perkahwinan tersebut tetap berlangsung setelah menerima bantuan 'kewangan' ayah Nisa yang memahami dan terharu melihat kesungguhan Rizal untuk bersatu dengan Nisa. Sikap Puan Katimah mencabar keegoan seorang lelaki (Encik Harun). Tindakan isterinya yang sering menghina dan merendah-rendahkan pekerjaan dan latar hidup Rizal, membuatkan dirinya hilang sabar. Hakikatnya, dia sendiri pernah melalui situasi yang sama ketika berkahwin dengan isterinya.
Saya diberitahu, awalnya naskah ringan ini untuk pentas Lambang Sari namun diangkat ke Panggung Sari. Cerita yang longgar plotnya semestinya akan ada 'kelompongan' apabila diangkat dan cuba disesuaikan di ruang yang lebih besar. 'Kelompongan' inilah yang mempengaruhi latar cerita, latar peristiwa dan transisi babak ke babak.
Mewah atau tidak sesuatu produksi tidak akan dapat membantu sekiranya eksplorasi dan kesatuan pelakon dan penari mahupun set tidak digunakan secara total. Masalah kos yang tinggi dan masa yang suntuk menjadi penyebab utama. Dari segi lakonan, tidak dinafikan mereka semuanya sudah teruji di layar TV dan boleh digilap lagi. Yang penting mereka suka berkongsi, bertanya dan mendengar pendapat. Sesungguhnya, mereka semua amat fokus setelah masuk ke pentas dan amat komited.

" Banyak part yang tak penting, dari awal aku dah rasa 'rengsa'. Macam nak minta suruh stop show tu. Buang ni, buang tu. Kau jangan buat ni, kurang ni sikit. Haa..tu tak payah buat. Cerita ni banyak sangat menjerit. Tak ada moment yang relax sedikit, berfikir, tenang. Scene rumah urut tu...fun la, aku boleh terima. Scene dalam rumah pun ok, release sikit.
"Babak pembukaan. dari awal aku tak tahu dia nyanyi apa, tak dengar apa yang budak tu sebut. Transisi babak pun macam tak best, slow."

Mungkin tidak adil kritikan tersebut kerana menghukum setakat separuh tontonan. Namun itulah kuasa seorang penonton, seperti yang saya nyatakan minggu lepas, mereka bersusah payah membeli tiket dan mengharungi jem di Kuala Lumpur, kalau tidak pun bersusah payah dapatkan pas percuma. Namun apa yang diperlihatkan tidak dapat memuaskan hatinya. Setiap penonton ada pendapat dan ragamnya. Ada penonton yang datang mahu melihat isinya. Ada yang hadir melihat artis kesayangannya. Ada yang hadir kerana terpaksa. Ada yang hadir kerana minat. Ada yang hadir dapat tiket percuma. Ada juga yang menonton untuk mencari salah orang DAN ada yang menonton kerana mereka memang seorang pembikin/penilai yang benar-benar memahami dan terpelajar.
![]() | |||
Pengarah bersama pemain Izzue Islam (Rizal dan Syaiful Bahri (Mail) | |||
Namun demikian, tahniah dan syabas kerana produksi sanggup 'HARUNGGGGG' dan lakukan yang terbaik. Mungkin berdikit-dikit sebelum naik bukit dan bila sudah berani naik bukit barulah mendaki gunung. Sesekali terus mendaki, elok jugakan. Bak kata orang REDAH SAJA!!
Akhir kata
SALAM RAMADHAN ke 6
4 July 2014