di mana SAKTi anak Raja Gondang

Hari yang meletihkan bagi saya, tuntuan kerja membawa yang ke sana sini dan situ. Demi sebutir berlian...kata orang sekarang. Dalam hujan renyai-renyai bergegaslah saya mahu menonton makyung bersama 2 sahabat Adieka Zainal dan Azie. Kebetulan mereka telefon dan tersangkut dalam hujan. Mako, baiklah sini tempa aku nak ambik saing aku puloknyo...SAAaaaa!!!!! Maka memandulah saya dengan laju tapi tidak terlalu laju...tapi laju jugaklah. Maka, kami bertiga menyusuri jalan Bukit Tunku menghala ke Istana Budaya.
Tepat jam 8 sampailah kami di serambi istana, bersualah kami dengan Meera dan Naz saing lamo. Berborak sambil menghilangkan keletihan. Ramai juga yang menonton. Bersedia kami untuk mengembara bersama kesaktian anak rajagondang.....
SAaaaaa!!!!!
Bila dapat seat kami duduk kemas-kemas. Pengacara memulakan tugas, nampak lengkap dan comel dengan kostum pakyong. Persembahan bermula, gesekan rebab memang memanggil-manggil. Tirai utama dinaikkan. Pakyong Rosnan mula menyanyi, serentak dengan itu okestra pit dinaikkan berserta dengan stage lif 1(pentas). Dalam pertengahan tarian mengadap rebab, stage lif 2 & 3 pun turut naik. Macam gempak je..macam gempak je. Saya suka visual di atas pentas. Kelihatan gah. Tapi malangnya saya terlindung oleh pemain rebab. Al maklumlah dapat tempat duduk di bahagian rakyat jelata yang paling murah. Sesuai kau eijat! Tak ada masalah bagi saya. Mata mula semakin sayu. Betullah, dalam keadaan penat, sebaiknya balik dan tidur, mental akan terganggu kalau badan lesu. Saya gagahkan juga menonton. Nak tengok orang terbang-terbang, jakun saya mula datang. Bukan tidak pernah tengok, tapi saja nak lihat rakan beraksi. Terbayang mereka berterbangan dan bergomol berlawan di udara.

Cerita berjalan dengan kemas, pertukaran set bersilih ganti walaupun adakalanya adegan dah berjalan set baru masuk. Timing tak betullah tu. Mata sedikit terganggu. Set yang chantek, mewah dan gah untuk memenuhi ruang pentas yang lebar dan panjang. Adakalanya ianya menenggelamkan pelakon. Terutama adegan yang melibat dua atau tiga pelakon. Seharusnya tatacahaya harus mengecilkan kawasan lakonan. Itu hanyalah pandangan saya. Kostum yang berkilauan, penuh warna-warni.

Ismadian sebagai Raja Besar sangat gagah. Caranya berdiri, lontaran suaranya, pembawakan wataknya cemerlang. Saya seringkali teruja melihat Ismadian atau Yan beraksi di atas pentas. Setiap perlakuannya, ketegasannya, 'posture' badannya teguh menawan di mata saya. Yan benar-benar meletakkan dirinya sebagai Raja Besar. Cuma kelihatan pelik kerna dari raut wajah, nampak anak lebih tua dari bapa. Well....no komen. Pilihan pelakon haruslah tepat, bukan saja kerana tarikan tetapi perletakan wataknya haruslah sejajar.
Rosnan sebagai pakyong (RAJA GONDANG) tidak boleh dinafikan kredibiliti, kesungguhannya dan kebagusannya dalam teater tradisi ini. Alunan suaranya ketika mengalunkan suara dalam nyanyian Mengadap Rebab mengetarkan. Butir bicaranya jelas.
Ada pendapat mengatakan watak pakyong asalnya dibawa oleh lelaki, tetapi apabila seni ini dibawa ke istana, mulanya berlaku perubahan. Watak ini dibawa oleh perempuan. Saya teringin melihat Nan di sisi yang lain. Mencuba yang baru. Aura yang baru dan permainan yang baru
Pendapat saya, lebih chantek kalau sisi 'manly' ditonjolkan lebih sedikit supaya kami tidak terkeliru di antara pakyong dan puteri. Mungkin Rosnan boleh buat, saya percaya, rosnan banyak yang kelebihannya. I cabar u Nan hehehhe....Rosnan boleh!!!! (Jangan marah Nan, kita berkongi-kongsi fat chai)

Asrulfaizal sebagai PERAN TUA bijak mengawal rakan lakonnya Isey Fazlisham yang suka meraban. Ad lib yang adakalanya disengajakan (maklum malam terakhir, pelakon akan merapu meraban) Asrul matang dan tidak terbawa atau terpengaruh dengan peran muda. Asrul sedar akan wataknya, bijak mengawal situasi dan tidak berlebih-lebih. Dia sentiasa membawa cerita kembali pada 'track' dan berjaga-jaga. (supaya tidak melerat)

." ini adalah harimau. cuba tengok harimau di belakang dan di pentas. Samakan adik-adik. Ya.....tepuk tangan. Mari!"
Stamina Che kem adakalanya surut. Macam berat je...macam berat je. Lebih-lebih lagi di saat beliau menghempaskan badan ke pentas setelah terbang. Takut pulak saya. Timbul juga rasa hairan..wah berat ...berapa orang yang tarik Che Kem tu? Saya tahu dia keletihan tu. Watak-watak supernatural sebegini memerlukan kekuatan badan, kelincahan dan pernafasan yang bagus. Silap haribulan boleh pancit di tengah pentas, lebih-lebih lagi bila dah masuk 4 series ni. Berat tau....hehhehehhe
Babak 'berhuda' atau berlawan sekiranya dikoreografer, mungkin akan dapat kesan yang lebih bagus. Saya tidak pasti sejauh mana boleh dieksplorasikan. Kalau boleh...lain kali lah. Masalah utama bagi saya ialah naskhah. Cerita dan konflik watak seperti tidak selesai. Mungkin ada bahagian yang sudah dikompres agaknya. Ceritanya bergerak tapi konflik watak hanya di dasar sahaja. Walaubagaimana pun saya terhibur dengan persembahan dan aspek teaterikal di pentas. Usaha yang cukup murni mengangkat karya-karya tradisi di pentas.
Terimakasih
Salam... salam.. salam..