Thursday, 27 June 2013

..kisah NYONYA
















Sejarah pementasan naskah NYONYA amat lama, terlalu lama. Kata-kata dialognya masih berlegar-legar di dalam kepala saya. Berputar-putar hingga saat saya menulis terngiang-ngiang di telinga. Kalau tidak silap, pertama kali dipentaskan oleh arwah Pak Wisran sendiri ketika di ASK. Seingat saya saat itu ASK masih lagi di Empire Tower dan ketua jabatan teater ialah Encik Zakaria Ariffin. Naskah ini diangkat untuk penilaian tahun akhir (PETA) 2004 dan watak Nyonya dilakonkan oleh  Arbaiyah (abby nadzri) untuk penilaian dari aspek lakonan. Generasi pertama yang menjayakan naskah ini Abby, Along Eyzendy, Tania Zainal, Ku Yusri, Engku Norzalifah dan Farah Apandi. Merekalah yang membuka jalan sehingga naskah ini sudah berkali-kali dipentaskan.

Mengenali Pak Wisran, seorang guru yang lembut tutur katanya, senyuman dia sangat manis, lirik matanya berkata-kata. Sukar sekali melihat dia meninggikan suara. Tegasnya dalam kelembutan, lembutnya dalam senyuman, sinisnya dalam senda gurau.

Saat saya diajukan oleh Rohayah Atan tentang naskah ini, saya mengiakan kehebatannya, isunya yang sangat relevan dan yang penting kekaguman saya sendiri terhadap watak Nyonya, Tuan, Keponakan A, B, C dan juga isteri. Maka lahirlah Nyonya dipentas komersial dengan menampilkan Tania Zainal selaku Nyonya, Rosman (Keponakan A), Juhara dan Melisa Saila (Keponakan B & C) dan Ismaliza Ishak (Isteri) pada 7 - 10 Oktober 2004 bertempat di MATIC Kuala Lumpur.

Along Eyzendy masih lagi beraksi selaku tuan. Masih ingat lagi di saat kami berbincang untuk meletakkan posisi watak dan terpaksa pula mengundang Melisa Saila dan Juhara. Alhamdulilah mereka bersetuju walaupun kedua-duanya sedang sarat mengandung malahan terlihat sisi lain dalam mengintrepetasikan watak tersebut. Teringat kata-kata Lis " ara, kandungan kau dah berapa bulan?" tanya Lis. " 7 bulan" Ara beri jawapan yang amat yakin. " ..kau ni tak sudah-sudah 7 bulan, bulan lepas aku tanya 7 bulan juga!" Itulah gurauan dua sahabat yang sentiasa sokong menyokong. Rosman Ishak dilihat keponakan yang sedang mencari 'dana' untuk tujuan operasi. Jelas ketiga-tiga watak ada OPERASI rahsia untuk kepentingan hidup mereka. Melissa Saila pelakon yang sangat menghargai masa. Selalu tepat masanya. Tetapi kalau ada pekara yang tidak menyenangkan, dia akan berterus terang. "..nyah, kenapa kau kau dengan Ara gelak-gelak on stage tadi?. Sebelum ni kau tak ada buat pun!"jeling Lis kepada Rosman. " .taklah nyah, mak gelak in karektor tadi". Cuak juga Rosman. Melissa Saila seorang pelakon yang akan ikut apa yang tertera di teks, perkara di luar jangkauan dan lain dari masa latihan memang tidak digemarinya. Tapi inilah pengalaman manis kami bersama.

Sejujurnya saya senang melihat Eyzendy selaku TUAN, Tergambar kejelikan si pedagang barang antik yang secara mudah mengambil kesempatan. Begitu juga Ismaliza dengan suara kemiknya hehhehe. Seingat saya dia menjadi pembantu pengurus pentas kepada saya. Seperti biasa saya hanya seorang PENGURUS PENTAS yang berbakat dalam industri (kan TOEMOE). 


Tania Zainal  pelakon baru yang diangkat menerusi watak utama. Cuma anak gadis ini seorang yang amat pemalu. Tergambar sipu-sipu bibirnya di saat pengarah suruh dia menyanyi. " dah, kau pergi keluar. Menjerit kuat-kuat. Kau nak menangis, pergi menangis di luar" jerit Rohayah Atan selaku pengarah. Tania sememangnya berbakat, cuma adakalanya pekara-pekara peribadi terlalu mengganggu emosi dan mentalnya. Menjaga 5 pelakon amat senang, berbanding dengan Tania seorang. Seperti biasa, saya pendengar yang setia.


Pada 10 - 12 Disember 2004, teater Nyonya melalui fasanya yang kedua, masih lagi di bawah pengarahan Rohayah Atan. Kali ini dipersembahkan di Taman Budaya Seremban di Negeri Sembilan. Menampilkan Khatijah Tan (Keponakan A) dan Rozie Rashid (Keponakan B). Masih mengekalkan Tania Zainal, Ismaliza Ishak dan Along Eyzendy manakala Rosman bertukar kepada Keponakan C. Khatijah Tan 'superb' dan amat mengeletik khalayak dengan telatah 'Tok Ayah'nya. 
Ada satu peristiwa yang sangat lucu dan tidak masuk akal. Ketika persembahan berlangsung, ada seorang jaga tiba-tiba pergi ke tengah pentas dan meng'ARAH'kan Along Eyzendy dan Ismaliza untuk berdiri rapat. Di tangannya tergenggam camera. Maknanya dia nak ambik gambar la tu. Saya jadi panik " alamak, apa hal ni!" Saya mengarahkan arwah Rozaimi untuk menghalau jaga tu. " Bang, tak boleh ambik gambar, persembahan sedang berlangsung ni" tegur Mie. " La, ya ke, napa tak cakap!" dengan nada marah dan tidak puas hati dia menjawab. Eh kita pulak yang tidak nampak bijak. Tidak tahu saya, salah siapa. Salah kami ke atau salah dia yang tidak mendengar. Tepuk dahi, saya!


Untuk kali ketiga persembahan ini diangkat semula dan dipentaskan di Taman Budaya Pumpong Alor Star pada 25 - 27 Mei 2007. Buat pertama kali, Rohayah Atan menyerahkan tugas pengarahan kepada Cik Rosminah Tahir. Kali ini Juhara Ayob menerajui persembahan selaku Nyonya. Juhara  yang baru habis berpantang gigih menjalani latihan, Zaifri Husin sebagai tuan, Khatijah Tan (Keponakan A), Tania Zainal (Keponakan B), Vanidah Imran (Keponakan C) manakala Farah Adila sebagai isteri. Farah adalah pelakon asal teater Nyonya.

Menariknya, untuk kali ini Vanidah menampilkan lakonan yang jauh sekali dengan watak-watak yang sering dibawa. Saat diajukan soalan itu tegasnya, beliau sendiri berasa janggal pada awalnya. Malu untuk melakukan pekara yang jauh dari stail lakonan yang beliau selesa selama ini. Bagi Vanidah ini salah satu proses baginya untuk mencuba sesuatu yang baru dan kesungguhannya kelihatan melalui komitmen yang beliau berikan. Zaifri Husin memang tidak dapat disangkal kehebatannya. Namun sering terhambat dengan tugasan hakiki di pejabat. Kerana itu semasa persembahan kami terpaksa menyediakan 4 orang prompter di belakang katil, di tepi 'side wings'. Pengalaman yang amat menakutkan kalau pelakon 'blur' atau 'jump script' ketika persembahan. Di sinilah letaknya kebijaksanaan pelakon dan rakan lakon dalam mengatasi masalah 'kelupakan' daya ingatan. Hahhahaha kesian dia. Kami pulak yang berpeluh-peluh menyelak skrip. Nasib baik tidak selak kain. Hinggakan kami terpaksa 'kurung' Zaifri dan Juhara dan arahkan mereka 'menderas' dialog. Kasi lancor!!!
                                                                               

Nyonya semakin matang dan dewasa sehinggalah dipentaskan kali keempat di Lambang Sari, Istana Budaya pada 20 - 24 Februari 2008. Masih mengekalkan pelakon yang sama cuma watak isteri dilakonkan oleh Yani Mae, seorang aktivis teater kelahiran Bandung dan pensyarah di STSI bandung. Sepanjang saya membesar bersama teater ini segalanya masih molek, berbisa, kata-kata dialognya sangat bermakna, masih dipegang tiada unsur-unsur melampau yang perlu ditokok tambah.  Apa keperluan menokok nambah kalau sesuatu yang telah ada itu terlalu molek sifatnya. Terserah kepada pemain untuk bertalik tarik menerusi maksud dan lafasan kata-kata. Di situlah kebijaksanaan seornag pemain teater. Setiap persembahan semestinya ada peristiwa menarik yang berlaku. Semasa persembahan, saya tidak pasti hari ke berapa, Zaifri terlupa nak kancing zip seluarnya. apa  lagi tergelak besar penonton ketika itu. malangnya beliau masih tidak perasan sehinggalah diingatkan oleh isteri di atas pentas. Bu Yani pun tidak bisa menahan  gelaknya. Saya perhatikan kalangan penonton yang hadir sangat bijak menangkap maksud tersirat di sebalik kata-kata. Mereka mendengar dan memberi reaksi, dan pelakon juga tidak terlalu hendak memberi aksi berlebih lebihan walaupun penonton suka. PELAKON YANG BIJAK HARUS IKUT KEHENDAK SKRIP. Hormati naskah, itu yang diajar kepada kami. Seandainya dipotong, dicincai, dicanai lebih baik jangan buat langsung. Persembahan Nyonya kali ini saya perhatikan sangat dewasa permainannya.    

6 - 12 Julai 2011  Nyonya muncul semula di MATIC. Keseluruhan pelakon menampilkan tenaga baru seperti Norzizi Zulkafli, Sharifah Mariam, Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana. Namun begitu persembahan ini digabungkan dengan cerita Mak Dara, juga selaku sponsor utama. Lahirlah teater MAK DARA NYONYA. Kedua-dua cerita tersebut sememangnya tiada kaitan, tetapi isu yang cuba diketengahkan seolah-olah kita memandang sisi 2 kehidupan wanita yang terpaksa menangani masalah keluarga. Nyonya yang menjaga dari terkikisnya harta dengan kehadiran keponakannya dan Mak Dara yang gigih mencari harta dunia setelah dibuang suami. Mencari kekuatan diri hidup tanpa suami sehinggalah berjaya dalam perniagaan dan kehidupannya. Juhara berdiri teguh seorang diri menangani watak Mak Dara. Rentetan hidup Mak Dara ditampilkan dari usia muda sehinggalah dia berkahwin. Ketrampilan Juhara di pentas teater tidak perlu disangkal. Tidak tergugat. Cuma apabila berkerja dengan produksi kali ini, ada stress yang mengangggu di antara nak ikut kata pengarah ke atau nak ikut kat producer. Kiri harimau, kanan singa, kita cuma semut. Tak tahu nak ikutkan JUHARA AYOB.

Berbalik kepada Nyonya, Sharifah Mariam (Sherry) berada atas AURA yang istimewa. Aksi badannya, figuranya di pentas, lontaran dialognya.Sherry memberi tafsiran yang berbeza, perempuan 'bodoh-bodoh alang' tapi bijak menangani krisis hartanya. Keponakan A, B, C masih lagi menyengat. Zizi selaku Keponakan A. Selalu beliau menyatakan keresahannya, maklumlah watak ini dulu dibawa oleh Khatijah Tan. Makanya telah ada satu standard dan  inilah yang menjadi ketakutan bagi beliau. Selalu saja stress dan takut dengan Cik Ros sebelum masuk latihan. Hahahah berlakon di bawah arahan cikgu sendiri. lain rasanya walaupun pernah berlakon dalam Lantai T.Pinkie sebelum ini. 'Jat, mu rasa cik ros suka ke hem? " Jat aku dah tak ada idea nak buat apa lagi?" Jat mu tengok mana satu yang bagus hem buat?" Ijat tu...ijat ni...."Hei natang.....mu buat la dulu, biar kakak kau tu tengok" tegas saya dalam gelak. Misha rapat dengan Zizi, mereka mengagumi antara mereka, tidak hairan Misha banyak belajar dari Zizi sepanjang latihan. Rasanya ini mungkin kali pertama atau kedua Misha berteater. Pelakon yang senang diarah, diberitahu dan mengikut kata. Dia tak akan buat perkara yang bukan bukan di atas pentas. Tidak sama sekali. 

Sarimah hmm perempuan gym, bila disuruh excercise .." "alah i baru balik dari gym" Saya gelak sahaja. Kalau melihat bentuk tubuhnya memang benarlah dia pergi gym. Seorang yang amat 'firm' dengan jadualnya, al maklum dj radio katakan. Sarimah akan buat sesuatu yang 'unexpected' di atas pentas. Saya berpendapat, beliau sudah biasa menjadi pengacara, sendirian. Maka apabila ada babak yang melibatkan keseragaman dari segi gerak, dia akan terlihat sangat terasing dari yang lain. Namun beliau akan bertanya kalau dirasakan perkara yang disuruh buat itu macam tak kena. " hmmm tuan director, apa motivasi i nak pergi ke sini. "No, no i just want to know" hehheheh. Begitu juga Farah Fauzana, kali pertama beraksi di pentas teater. Amat fokus dengan kerjanya, seringkali bertanya sekiranya tidak faham. " suara tu bulatkan, jangan sengau sangat Fara. Lontarkan suara tu" laung sang pengarah. Tapi yang bagusnya team ni suka 'warm up' terutamanya Fara yang sering menunggu untuk sesi memanaskan badan. Teruja sebab pertama kali berlakon di  pentas teater.

Kali ini pengarah membuat sedikit kelainan dengan menampilkan sedikit aspek pergerakan untuk Keponakan A, B dan C. Pendekatan ini menjadi walaupun ada pendapat yang mengatakan ianya seperti ada unsur lucah. Bagi saya itu bergantung kepada pilihan pelakon, apa cara yang ingin ditampilkan. Jenis gerak yang bagaimana? Keselesaan itu penting tetapi sekiranya pelakon terlalu 'selesa' dan tidak bertimbang tara maka akan kelihatan jelik di atas pentas walaupun kedengaran gelak ketawa penonton.

Untuk terakhir kali ditampilkan sekali lagi dengan formula baru NYONYA & THE GANG. Selepas menonton terus terang saya migrain dan tidak tidur semalaman kesan 'depression' yang amat kuat. Hamdan kat saya over. Mungkin jugak, Tapi kalau dibaca tulisan saya dari awal, anda mungkin akan faham mengapa saya mengalami perasaan ini. Mungkin pengarah ketandusan idea? Adakah mungkin pengarah tidak ada mood nak buat pekara yang sama? Atau mungkin terlalu ingin menampilkan kelainan? Atau ruang Panggung Sari terlalu besar? Mungkin juga pengarah tidak ada kuasa? Tiada pilihan? Tidak diberi pilihan?  Terus terang persembahan amat membosankan. Saya tidak boleh memandang ke pentas, ingin berkongsi rasa seperti dahulu.  Sepanjang hadirnya NYONYA di pentas teater, sayalah pekerja di belakang tabir. Tapi yang penting poster kali ni memang sangat-sangat tidak boleh saya terima. Dah macam rojak lak. Teringat akan saya poster ANUGERAH menggunakkan konsep sebegini. Nampak sangat macam " jom main-main je" hahah. Moga selepas ini NYONYA muncul dalam liganya sendiri. Tak perlulah di kawan-kawan kan.






kisah KAMI

kisah  KAmI...


Belakang dari kiri: Wan Azli, Azizul Zahid Jamal (Tomoe), Sahili Abdan(Namron)Rosman Ishak, Megat Adnan, Mohd Azizi (Ujang). Barisan tengah: dari kiri: Juhara Ayob, Mohd Shahrul Mizad (eijat), Norazila Abas, Syarul Azlina. Barisan hadapan kiri: Mohd Fairuz, Rosdeen Suboh. Norzizi Zulkafli, Istina Jafri
Sedar tak sedar hampir 15 tahun masa berlalu meninggalkan kenangan sewaktu bersama mereka ini. Inilah antara pelajar generasi pertama AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang  berjaya menamatkan pembelajaran dalam menuntut ilmu teater. Ada beberapa pelajar yang kecundang di tengah jalan tetapi itu bukanlah penamatnya. Malahan mereka berjaya membina nama. Ada juga yang terpaksa menangguhkan pembelajaran kerana urusan peribadi tetapi akhirnya berjaya menamatkan pembelajaran. Antara generasi pertama yang tiada di sini Adlin Aman Ramli, Fairuz, Istina Jafri, Wan Azli, Namron dan Syarul Azlina (maaf kalau ada yang tertinggal). Sesungguhnya rindu untuk bersama semula. Mengenangkan kembali peel-peel rakan....hmmmmm



Juhara

JUHARA AYOB (ARA) anak dara dari selayang, bekas penari, kami biasa begurau..' ah. kau hanyalah penari kaberet'. Merupakan penari KBN, makanya tiap-tiap hari datang kelas memang bergaya. Awal kemunculannya, naik bas dari selayang saja. Pernah naik kereta tapi enjin mati kat flyover, tapi dia buat kering je! Saya pernah menyewa dan duduk sebelah rumah dia dan mendajalkan dia. NO! bukan nak mendajalkan ..seriously not "kalau kau nak hilangkan jerawat, kau ambik bawang kecik, kau buat lubang kat bawang tu dan masukkan kunyit. Lepas tu kau tonyoh kat jerawat. Dia Buattttttttttttttt!!!!. Akhirnya kulit dia terbakar. Sensitif sangat kulit dia, kulit penari. Saya buat ok je! Hmmm hehehe...memang jadi tapi yelah lain orang lain kulitnya. Dah macam gadis bertudung hitam dah, naik bas mesti rambutnya akan dijatuhkan ke sebelah muka. Cover konon, ala-ala ayu. Mesti duduk di tingkap. Sorry haaaraa...

.ROSDEN SUBOH (KUDIN) anak muda yang amat nakal. Sampailah sekarang ....gurau je. Apakah yang paling ketara perbezaan dengan Kudin sekarang. Confirm kat tang rambut hahahha. Kudin ni, tangan dia suka berjalan, budak yang baik dan manja. Kudin suka mengunyah makanan dan kemudian dia akan keluarkan dari mulut dia ..." jatt, kau ambiklah ni, aku tak nak! "Ishhh..pengotorlah kau ni Kudin" Sahut saya. Peristiwa terkantoi di bulan puasa hahha.Tak salah saya masa tu dia, tomoe dan wan kot, konon-konon nak cover makan, tapi diorang tak perasan yang cermin kat belakang tu membiaskan/memantulkan (ye ke istilah ni) kembali imej diorang tengah makan. Tapi baguslah sekurang-kurangnya mereka menghormati orang yang berpuasa. Betul tak? Cuma nasib saja tak menyebelahi. Kudin kalau dia buat pergerakan, mesti akan akan satu GAYA, yang dia seorang yang bole buat dan nampak comel. Sekarang TAK TAHULAH.
MEGAT ADNAN (GAT).juga bekas penari KBN. Dia ni ala habang-habang. yelah dah kahwin dan ada anak masa tu. Respect kat dia, sanggup berhenti kerja dan sambung belajar. Sekarang alhamdulilah, dah berpangkatlah juga. Megat ni jenis serius, Tapi punya karisma mungkin ketika itu dia punya banyak pengalaman. Tapi kalau buat teater kanak-kanak, nampak komitmen dia untuk memBUDAKkan diri. Seorang yang tegas tetapi kadang-kadang tak faham jugak, orang utara kata 'keteqak'...kami panggil Abang Megat, yelah macam abang sulung dalam keluarga. Tak ingat sangat kenangan dengan dia tapi rasanya banyak ( yeler hard disk dah penuh), tapi yang pasti dia banyak membantu dalam meREKA, masa kami buat set ANAK RAJA GONDANG yang pertama. Saya yang design, dan megat amat-amat membantu.
Anak gadis ini...ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terunah ini dikenali ROSMAN ISHAK. Na na na na Terengganu KITaa!!! Sejarah hidup banyak, pernah kerja di kedai stesyen minyak, tok kerani dan akhir sekali penari KBN. Terperanzat gak. Rosman kalau buat gerak memang BESARR..hehhe. Kami jumpa sejak di USM. Dia ni pandai masak, pandai berfesyen, pandai bercakap dan hmmm membebel. Jangan suruh dia nyanyi sebab, pitch dia SANGAT TINGGI dan ke LAUT kadang-kadang. Hehheheh but he's good listener! Rosman suka fesyen, colours, materialnya.... , dan menjadi juruacara. Kalau bab-bab imitasi dalam lakon, dia yang paling nombor satu, Julie Dahlan, Kak Pah, Anita Sarawak petik jari kaki je. Awal-awal dulu Rosman suka sangat berniaga. Antaranya Kek Pisang, Rempeyek, Kain Sutera dan bedak pemutih kulit (BABAY FACE). hahhaha.
AZIZI MOHD SAID (UJANG) dah lama tidak mendengar khabar. Sekarang Ujang banyak terlibat dalam produksi TV selaku PM. Masa belajar Ujang nampak macam serius, tapi bila buka mulut dan cakap nogeri..perhhh..ternampak kesembilanannya. Ujang nampak struggle masa PETA dia, masa tu PUAN MARLIA yang direct. Tapi hasilnya Ujang sangat masuk dalam watak DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH. Mungkin selama 3 tahun tak terserlah tapi penutupnya sangat MENGUJAKAN. Lepas tu mulalah dia jadi pengacara. Ujang ni pelajar yang kurang kontroversi semasa belajar. Tapi struggle jugak sebab semasa belajar dia terpaksa kerja hotel bahagian banquet semata-mata untuk menyara kehidupan. Dan rasanya dai pernah kerja di gerai Cik Mat bersama kudin dan wan azli.
AZIZUL ZAHID JAMAL (TOMOE). Dari tahun satu dia dah kata nak buat teknikal, terutamanya lighting. Yeler kalau nak berlakon, kos banyak dihabiskan ke baju dia. Tak gitu Toemoe. Tahun satu dia ni kaki falsafah, memang pemikir la.. al maklum masa tu baru belajar id, ego, superego. Sekarang dah jadi SUPERBOWL (stambung) hehehe. Jangan marah Tom. Tom ni bole berlakon, cuma dia je tak nak. Pernah direct teater bisu, dialog disampaikan melalui gerak, dialog dimatikan (tidak dilafaz). Sampai sudah Krishen Jit tak faham. BAPAK AYAM terbesar di ASK sebab dialah orang pertama yang buat DRAQ SHOW di ASK. Ala-ala konsep persembahan dalam disko BOom BOom gitu. Seorang yang sensitif sebab dia menangis selepas habis konvo. Tak sangka habis juga 4 tahun katanya. Ni kira menangis yang lemah lutut, longlai terbaring di tepi jalan. tapi baik hati budak ni.                                                                  

MOHD SHAHRUL MIZAD (EIJAT) anak Muor. Dia ni pernah belajar di USM, dapat masuk ASK terus confused. Eijat masa mula-mula budak yang pemalu, sering ke belakang. Tak terlalu menonjol dan tak juga tenggelam. Ala-ala ada tak ada.  Sebelum masuk ASK, kerja pembantu jualan, jual tudung, kitab kemudian kerja Marrybrown. Kata dia, sejak tu la dia suka design. Suka sangat berlakon katanya. Menari lagilah dia ligat...boleh lah ikut beat. Menyanyi bolelah juga. Tahun pertama duduk di KL dah ada masalah, sebab ex housmate dia meninggal dalam rumah. Terus lemah semangat sampai sekarang, tulah kot sebabnya tak mandi bunga. Pernah berlakon dan memandai-mandai ubah blocking, akhirnya kena marah dan menangis dan dipujuk oleh cikgunya sambil minum-minum petang. Kerlazzzzzzzzzzzz. Ingatan pada diri buat selama-lamanya tu. PADAN MUKA KO!
NORAZILA ABAS..anak dara paling brutal semasa di ASK. Jenis yang suka redah, dia tak peduli, ikut suka hati dia. Sekeras kerikil. Zila banyak fokus pada pengurusan dan teknikal. Cuba juga untuk berlakon tapi tak boleh katanya. nampak pelik. Tahun satu dia pernah berlakon jadi watak utama ( arahan Adlin/Istana. Tak ingat). Ada satu babak sedih, dia menangis sakan. Sedih BEBENOR orang Perak kata. Teresak-esak. Dicurah-curahkan emosinya sampai melimpah ruah. Hingga ke LUAR PENTAS, tak habis-habis. Dah ditenangkan pun tak boleh, berombak-ombak dadanya menahan sedu. Juga pernah menari dalam Makyung ANAK RAJA GONDANG. itupun dia menangis sebab malu orang gelakkan dia, yang pertama kali berkemban dan pakai kain atas pentas. Menari pun keras. Sejak dari situ kot dia bersumpah MAHSURI TUJUH KETURUNAN tak akan berlakon-lakon dan menari hahahah. Melainkan berlakon dalam dunia NYATA.                                                        

NORZIZI ZULKAFLI. Orang pertama yang berborak dengan saya semasa di ASK. Dipanggilnya abang. Ishhh tua pulak rasa masa tu. ZIZI ni masa dulu-dulu anak dara yang kasar. Rambut pendek, ada misai sikit heheheh dan suka berbaju kurung (kain cotton). Sekarang dah jadi MAK ORANG dah. Dari hari pertama dia dah habaq mai nak jadi apa. Memang target dia nak mengajar. Baguslah dan dia menuju ke arah itu. Seorang pengingat yang SETIA, kalau ada birthday dialah orang pertama yang akan wish rakan-rakan dia. Tapi kawan-kawan jarang ingat dia..heheh sry zizi. Suka kasi kad ucapan dan dia amat sukakan cincin ke, rantai tangan, gelang, beg-beg galas yang nampak macam klasik dan authentic gitu. Ingat lagi kereta wolkwagen dia warna purple. Nampak bantut je bila dia naik. Tapi bunyi....18 batu dah dengar. Berusaha cari duit dengan carma tanpa mengharapkan orang tua dia.

sekitar kisah.. TEATER CHARLEY'S AUNTIE
Charley's Auntie telah menemui khalayak di pentas teater pada 1 - 3 Februari 2013 di Panggung Eksperimen Aswara, di mana ianya menggabungkan graduan ASWARA dan pelajar yang masih lagi menuntut. Pengarahnya tidak lain tidak bukan, semestinya  XAVIER FONG, graduan dan pemegang Diploma Teater dari ASWARA, pelajar teater yang saya lihat sentiasa macam 'kartun' di sepanjang dia belajar. Perangainya, senyumannya, ketawanya, lakuan fizikalnya. Sememangnya konsep 'animme' telah sebati dalam dirinya. Jadi tidak hairanlah, apabila dia mengangkat naskah ini untuk Penilaian Akhir Tahun (PETA) dan dinilai selaku pengarah. Amat jelas kehendak dan halatuju yang dia inginkan sepanjang menangani naskah ini. Naskah asal ini ditulis oleh BRANDON THOMAS dan telah diadaptasikan RICHARD HARDING GARDNER. Xavier selaku pengarah telah mengolahnya kembali untuk disesuaikan dengan latar tempatan. Sekali lagi naskah ini dipentaskan dengan sedikit penambahan dan olahan cerita yang berdurasi 1.45. Ini kiranya dia berkreatif sebanyak mungkin, yelah masa PETA dulu, pelajar terikat dengan durasi masa yang diberikan untuk persembahan.
Babak satu: Kemunculan Mejar Taufik.\
OK! Kita bercerita tentang persembahan ini. Sememangnya saya tidak langsung terfikir dalam hati untuk berlakun dalam Charley's Auntie ini. Saat diajukan peluang ini, berdetik dalam hati ' macam best jugak konsep sebegini. Nak tahu juga bermain-main". Tak kisahlah calon ketiga ke, keempat ke, yang penting saja nak terlibat dengan golongan muda supaya 'rasa muda'. Hahahhaha. Masih ingat lagi masa mula-mula Xavier telefon untuk meminang " abang eijat, actually i nak offer abg eijat berlakon, but i'm quite takut u know, sebab nak ke pensyarah terlibat dengan projek student. I sebenarnya malu nak cakap. Sebenarnya watak ni asalanya, i offer Roydy tapi dia bla..bla...bla...Terengganu...terpaksa....tarik diri...komitmen shooting..bla..bla...bla.. n after that i offer abang Nizam...bla..bla..bla..bla.....". 
Panjang pulak mukadimah dia. Kalau masuk meminang anak dara orang ni, mesti dah kena terajang. Malu sangat nak cakap, saya dah terbayang muka dia merah, senyuman dia sampai ke telinga. ".Ok Xavier, watak apa?"  "....Hmmmm Mejar Taufik"....jawap Xavier. Hmmmm ok menarik. Tak pernah merasa watak sebegini walaupun ayah saya seorang polis. 'Ok i setuju. Bila mula latihan? Saat mula latihan, rasanya macam malu sikit, nak masuk ke dalam dunia 'animme' ni, lagilah terlibat sama dengan bekas pelajar sendiri. " It's ok abang eijat, abang eijat tak perlu terlalu bersifat 'animme' sebab watak yang dipegang oleh golongan muda akan dilebihkan 'animme'nya. Abang eijat ala-ala je...hahahha. Tapi apabila dah berkali-kali dibuat latihan, saya melihat konsep 'animme' ni seperti 'stylized acting', segalanya perlakuan, ekspressi dan emosi perlu dibesar-besarkan. Tetapi, tidaklah sepanjang masa. Sebagai pengarah Xavier sudah tentukan, bahagian yang perlu di 'animme' kan. Kalau sepanjang 1.45 nak dibawa 'animme'nya, mahu muntah penonton sebab tak larat ketawa. Pelakon mungkin muntah darah sebab kepenatan. Konsep begini memang memenatkan, buatlah baru tau. Huh.

Minggu pertama latihan untuk babak satu. 
Eijat bersama Chris Daniel

Sambutan sepanjang persembahan amat-amat menggalakkan, sehingga pelajar dari Sekolah Seni Johor hadir untuk menonton. Yelah kabel kuat di sana, ada 2 ahli 'exco' yang besar badannya, yang menjaga tampuk pemerintahan di situ hahaha. Terimakasih buat Farah dan Hafdzi yang sudi mengeksport pelajar mereka. Namun rata-rata yang saya lihat, golongan muda amat senang dengan corak persembahan begini. Mungkin mereka dibesarkan dalam dunia 'kartun', maka segala perlakuan yang dilihat di atas pentas amat mudah untuk diresapkan ke dalam diri mereka. Berbeda dengan golongan yang lebih berusia. Malahan saya sendiri amat jauh dari dunia ini 'animme' ini. Mungkin ini berbalik pada fakor pengalaman sendiri, masa muda dulu kartun zaman-zaman kami lain tidaklah seagresif dan seganas zaman 2020 ni. Namun demikian, khalayak terhibur kerana mereka tidak terlalu perlu untuk memerah otak untuk berfikir subtext, apakah motivasi watak la....inilah..itulah... . Hanya duduk masuk dan lihat and enjoy the performance.
Persembahan berlangsung selama 3 hari. Persembahan malam pembukaan, sambutan amat memberangsangkan. Boleh dikatakan penuh panggung, begitu juga hari kedua. Tetapi malangnya untuk penonton hari ketiga, dalam jam 8 malam, tiba-tiba satu ASWARA black out. Siti, Saedah dan Adika adalah orang yang paling pening untuk menghadapi situasi ini. Adika sampai lurus rambut ketak-ketak dia tu. Siti pulak makin besar saiznya. Sesi 'briefing' terpaksa diadakan untuk mencari jalan penyelesaian dan pengeluaran dari masalah ini. Kata sepakat diambil untuk menggantikan persembahan hari ini ke esoknya. Ada penonton yang terpaksa dikembalikan duit mereka dan ada yang berjanji untuk hadir keesokan harinya. Sedikit sebanyak melemahkan semangat kerana dengar cerita ada pelajar dari kolej yang hadir dan juga rakan-rakan dari kidzania. Ini bukanlah alasan untuk tidak memberikan persembahan terbaik, namun secara peribadinya apabila dah berehat sehari momentum dalam diri saya sendiri selaku pelakon jatuh. 


Nak salahkan TNB sebab pencawang terbakar, tidak masuk akal juga. Itulah kerja pelakon, penonton tidak akan dan tidak mahu tahu masalah. Yang penting mereka bayar dan nilai duit yang dilaburkan untuk menonton haruslah berbaloi. Juga berbaloi kerana terpaksa redah kesesakan jalan, cuaca, perangai manusia di jalanan dan macam-macamlah yang pelakon sendiri pun tak mahu tahu kan. Hahhahahah. Sama je.
Antara pelakon yang menjayakan persembahan ini ialah, Shah Hasannul, Chris Daniel, Yusmar, Eijat, Shirley, Atiqah, Intan, Ashroff, Intan Diyana, Siti Katijah dan beberapa pelajar tahun satu. Diiringi pemuzik dari pelajar ASWARA. Akhir kata tahniah untuk produksi, dan dengar kata akan dipentaskan kembali. Kita tunggu kemunculannya.                                                                                             SALAM TEATER